Seperti yang kita semua tahu, susu ibu tersangatlah berharga dan terbaik buat anak-anak kita. Aku memang menyokong para ibu yang menyusukan baby mereka dengan susu ibu secara penuh. Seperti yang aku buat sekarang. Bekerja ataupun tidak bukanlah menjadi halangan untuk kita berkata tidak kepada susu ibu. Aku lihat ramai ibu-ibu diluar sana masih fully BF anak-anak mereka walaupun bekerja. Banyak alternatif yang kita boleh buat kalau kita mahukan ianya menjadi. Betul tak? Sekiranya kita memberi seribu 1 alasan, memanglah xkan jadi.
Berbalik kepada susu. Kenapa aku selalu dengar bakal-bakal ibu bertanya soalan ini "Susu apa yang ok nak bagi kat baby?". Perlu ke tanya soalan tu? Bagi aku soalan tu tak bermakna langsung. Allah dah mengurniakan seorang ibu tu sus. Gunalah susu yang ada dalam tubuh badan kita sebaiknya. Khasiat yang ada dalam susu ibu sangat terbukti bukan sahaja dikalangan saintis dan para ilmuan, malah tertulis dalam Al-Quran.
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
Kita ada susu yang percuma, kenapa hendak membazir duit membeli susu yang lain yang kita tak pasti kebersihan dan khasiatnya? Ini diantara kelebihan susu ibu.
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Bagi mereka yang mengatakan susu tak cukup, baby tak nak minum, jangan jadikan semua itu alasan anda. Bila kita menyusukan anak, terasa hubungan kita dengan baby sangatlah rapat. Paling suka tengok baby pandang muka kita sambil minum susu. Pegang jari-jari dia yang comel. Nikmat yang kita takkan dapat bila dia dah besar. Fikirlah, anak-anak akan semakin membesar. Kita takkan dapat mengulang kembali detik-detik kita bersama dia semasa baby.
Sekiranya anda masih mahu menggunakan susu formula, terserahlah. Pilihan masing-masing. Aku cuma bagi pendapat. Pilihan susu formula dipasaran memang banyak. Tpai adakah ianya bagus? Tidak dapat dipastikan. Tapi pengalaman aku bagi Aiman minum susu formula setelah 8bulan susu badan, aku beri Aiman minum Anmum sampailah sekarang. Susu depends dan tidak sama untuk setiap kanak-kanak.Ada yang mungkin alah kepada susu lembu. Itu yang akan terjadi bila kita beri baby minum susu formula. Dalam masa yang sama, kita kena beri baby kita minum air masak secukupnya bagi mengelak sembelit. Banyak benda perlu diambil kira. Kita juga kena pastikan kebersihan yang optimum semasa penyediaan susu dan susu formula tak boleh tahan lama.
So, bakal-bakal ibu, fikirlah yang terbaik untuk baby anda. Anda yang menentukan segalanya sehingga mereka besar.
0 comments:
Post a Comment