Tuesday, March 22, 2011

List Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital

Hello again.. Tajuk post kali ni pun boleh kata penting gak sebab kebanyakkan orang selalu lupa nak bawa barang bila dah kes emergency nak terberanak. Seboleh-bolehnya kita siapkan barang-barang bila dah masuk 35weeks pregnant. Bukan ape, mane tahu baby kita nak keluar before cukup bulan ke. Semua tu kita tak boleh nak jangka. Yela, bila preggy ni, kita ni macam 'Bom Jangka'. Bila-bila masa je bole meletup. Prepare la ape-ape yang patut ye.
Ok, here is the list. 

Diri Sendiri
• 1 helai tuala mandi
• kertas doa semasa bersalin
• 3 keping tuala wanita bersalin
• 2 helai baju blaus butang depan
• 2 helai kain batik
• 2 pasang stokin
• skirt labuh (untuk waktu balik)
• 3 helai nursing bra khas untuk menyusu
• 3 nursing pad
• 5 helai seluar dalam pakai buang(seluar biase pun boleh)
• sikat
• berus gigi dan ubat gigi
• sabun mandi, bedak, deodoran
• tudung
• bengkung
• flask air(Kalau duduk kat hosp swasta, xperlu bawa)
• minyak panas

Baby's
• sepasang baju lengan pendek (keluar hospital)
• 2 helai diapers
• 2 pasang booties & mittens
• selimut baby (untuk bedung)
• sehelai tuala mandi
• sepasang baju lengan panjang (spare takut sejuk)
• baby's toiletries
• 2 helai barut
• sapu tangan (takut muak)

Abang
• kamera + charger bateri
• sijil nikah (original & fotostat)
• ic (original & fotostat suami isteri)
• sepasang baju salin
• kain pelikat + kopiah
• duit bayar bil hospital
• berus gigi, deodoran
• handphone + charger
• extra top up
• surat GL (kalau government worker- spare)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...