Sunday, March 20, 2011

Pengalaman Pantang 2

Sambungan daripada Pengalaman Pantang 1.

Setelah 2minggu, mama aku pun beransur pulang ke rumahnya di Seremban. Bermulalah hari-hari aku sebagai seorang yang berpantang secara bersendirian tanpa ada sesiapa yang membantu. Seperti biasa, aku akan bangun mengikut kondisi badan aku. Kalau mata aku masih mengantuk, aku akan tidur kecuali kalau Alya bangun. Sepanjang dalam pantang, Alya sememangnya memcabar keimanan aku. Malam-malam dia menangis. Sampaikan aku tak mempunyai masa tidur yang cukup. Ada satu hari tu, aku hanya dapat tidur 3jam sahaja. Aku juga tak banyak masa untuk melayan anak sulung aku, Aiman. Oklah, sambung balik. Aku terpesong cerita sekejap.


Aku bangun dan terus masak air untuk mandikan Alya dan juga diri aku sendiri. Sementara tunguu air masak, aku akan menyiapkan sarapan untuk Aiman dan juga diriku. Sarapan aku senang sahaja.

Breakfast :

     Milo + oats
     Milo + Roti
     Teh + biskut kering
     Air suam + nasi goreng(nasi goreng yg digoreng menggunakan planta,ikan bilis,bawang)

Lepas tu aku akan memandikan Alya dan juga Aiman. Selepas tu baru aku mandi. Aku juga mandi rempah. Air panas aku campurkan dalam rempah dari Mustika Ratu. Selepas tu aku akan sapukan di badan aku krim halia mustajab then aku ikat bengkung. Bengkung yang aku pakai bukan yang bertali ikan macam corset tu. Bengkung kain yang panjang yang kena lilit sendiri. Selepas tu, aku akan pastikan Alya minum susu dan tidur sebelum aku buat kerja rumah. Penting diingatkan disini. Anda boleh buat kerja rumah tapi jangan angkat benda yang berat dan MESTI pakai bengkung.

Then, aku akan masak lunch untuk aku dan Aiman.  Lunch aku seperti yang aku sediakan dalam resipi berpantang. Boleh refer kat sana ye. Aiman pula makan apa sahaja yang aku berikan padanya tanpa banyak soal. Dalam masa yang sama, aku akan pastikan aku makan jamu yang telah aku beli daripada mak mertua aku. Jamu yang aku makan dibuat sendiri oleh mak saudara mak mertua aku. Aku juga makan buah-buahan seperti apple dan juga buah lai. Yoghurt juga aku belasah. Tak salah pun kalau makan sume tu. Kalau tak nanti sembelit dan susah nak buang air nanti. Cuma pastikan yoghurt tu tak sejuk. Keluarkan dahulu sebelum makan. Untuk mengekalkan berat badan aku sekarang ni, aku akan makan bila perut aku lapar which is setiap 2jam aku pastikan perut aku diisi. Metabolisma badan aku tinggi, so aku ni cepat sangat lapar.

Aku tak berkesempatan nak tidur petang. Kadang-kadang je sebabkan Aiman. Aku sangat risau dia buat kerja yang akan membahayakan diri dia. Aku hanya akan tidur bila Aiman tidur. Petang pula aku akan masak untuk my hubbby makan. Then aku rehat sambil baca novel atau tengok movie. Tulah kerja aku tiap-tiap hari. Kerja rumah yang aku buat pun takla berat. Sekadar sapu sampah, kemas barang-barang yang sepah, masak, basuh dan lipat baju. Kalau mop lantai,basuh toilet, sume hubby aku yang buat. Thanks to my hubby!!

End chapther for berpantang.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...