Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Menyusukan

Inspirasi tajuk dari blog my cousin berkaitan penyusuan ibu.

Alya merupakan anak keduaku yng dilahirkan pada 8.1.11 pada pukul 4.30ptg. Sebelum bersalin, aku sememangnya tidak terfikir untuk memberikan alya susu formula. Aku cuma fikir nak fully BF Alya. Buat pengetahuan semua, aku tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagi pendapat aku, buat apa aku nak membazirkan duit dengan membeli susu formula sedangkan susu badan aku sangat banyak dan cukup untuk Alya.

Suatu ketika dahulu....




Semasa aku melahirkan anak pertamaku iaitu Aiman, aku hanya sempat fully BF dia hanya untuk 3bulan sahaja. Then aku terpaksa campurkan susu badan dan juga susu formula. Aku terpaksa melakukannya kerana aku jumpa Aiman hanya seminggu sekali. Hanya pada hujung minggu. Masa Aiman lahir, aku masih belajar. Terpaksalah aku mencampurkan susu. Alhamdulillah Aiman dapat juga merasa BF selama 8bulan.

Ok...Sambungan cerita menyusukan Alya.

Alya dilahirkan di Hospital Pantai Ampang sama seperti abangnya. Kalau aku tak salah, Hospital Pantai Ampang merupakan baby-friendly. Akan tetapi, kedua-dua anak aku minum susu formula pada hari pertama dilahirkan. Masa Aiman aku menggunakan epidural. Sebelum epidural dimasukkan, aku dan penat menahan sakit. Aku berperang dengan kesakitan selama hampir 2jam dan apabila epidural dimasukkan barulah kesakitan kurang. Mungkin aku terlalu penat, so tiada siapa tanya samada aku nak BF Aiman atau tak. Begitu juga semasa aku melahirkan Alya. Aku melahirkan Alya secara semulajadi tanpa epidural dan baru aku tahu kesakitan yang sebenar semasa bayi dilahirkan. Sampaikan nurse memberikan aku oksigen kerana risaukan Alya lemas. Sememangnya aku tak mampu nak buka mata selepas Alya lahir.

Aku susukan Alya pada awal pagi esoknya. Nyatalah Alya seorang anak yang pintar. Tak susah aku untuk menyusukan dia sama seperti aku menyusukan Aiman. Walaupun nipple aku sakit pada hari yang kedua, aku tetap berusaha menyusukan Alya sampai sekarang.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...