Monday, March 21, 2011

Barang-barang yang perlukan...

Hello again... Topic hari ni sangat penting kepada mereka yang having 1st baby. Yelah, sometime ada parent yang terlebih exited sampai tak tahu nak beli apa barang-barang keperluan bila dapat newborn baby. Adakalanya beli barang-barang yang tak penting sampai melupakan barang yang sepatutnya dibeli.

Ok...kat sini aku buat satu senarai barang-barang keperluan baby. Dari yang penting sampaila ke bahagian yang tak berapa nak penting. So senang la korang nak beli tanpa perlu membazir. If korang ada buat budget yang besar untuk newborn, bolehla gunakan duit yang terlebih tu untuk kesihatan baby, buka akaun dia or beli life insurance untuk dia. Terjamin masa depan anak korang tu nanti.

Ok. Ni list barang-barang yang sepatutnya ada bila dapat baby baru :

Baju
At least dalam 20psg. Belilah baju lengan panjang 5psg, bodysuit 5psg, baju yang berlubang-lubang 2psc(incase cuaca panas sgt,bolelah pakai), baju lengan pendek 5psg dan baju untuk pergi jalan 3psg. Kalau nak beli lebih pun, xde masalah. Cuma membazir je sebab baby cepat besar. Nanti rugi je. Pastu warna baju better yang boleh pakai untuk baby girl n boy. Warna like putih, kuning, blue ataupun orange dan janganlah yang beropol-ropol atau bunga-bunga. Selalu orang terover exited nak beli baju warna PINK dan berenda-renda bila dapat tau dapat baby girl. At the end, keluar boy. Takkan baby boy nak pakai baju berenda,kan? Warna pink tu ok lagi. Tapi kalau dah berenda, aisehmen, "xsesuei".

Blanket / Kain bedung
Aku suggest beli blanket je. Sebab blanket pun boleh buat kain bedung. Aku faham ramai orang zaman sekarang tak berapa nak bedung baby. Tak kisahla tapi korang boleh buat pilihan sendiri. Blanket belilah dalam 4pcs. Tapi kalau nak bedung baby, kain batik lagi better. Alya dulu pakai kain batik, statik je dia.

Lampin pakai buang (Diaper) / Kain lampin
Haa...yang ni sangat-sangat penting. Untuk orang yang rajin, bolehlah guna kain lampin. Jimat dan tak membazir. Yang ni aku tak tahu nak kena beli berapa banyak sebab aku takde pengalaman pakaikan anak aku kain lampin. Tapi aku boleh suggest dalam 40helai. Ok kot. Untuk diaper, belilah yang berjenama sikit. Macam Mamy Poko, Huggies, Pet Pet pun ok. Kulit baby sangatlah sensitif, kenalah jaga elok-elok. Nanti rashes plak. Tu jenama yang pernah aku guna dan sememangnya OK.

Mitten & Booties & Hat
Haa...Yang ni korang belilah dalam 10psg.  Kalau nak reduce jadi 5psg pun ok. Terserah pada korang la.

Breast Pum, feeding bottle, milk storage, nursing pad
Of course korang kena sediakan breast pum. If korang bekerja, bolehlah masa dalam pantang tu kumpulkan susu anda sebanyak mungkin. Tak payah korang nak membazir beli susu formula. Susu ibu tu lebih berkhasiat dan sangatla menjimatkan. Belilah jenama yang elok seperti Medela, Avent atau jenama yang lain. Aku menggunakan Avent since anak 1st and masih digunakan sehingga Alya lahir. Aku pakai yang manual je. Tapi kalau korang nak beli yang auto pun boleh. Aku suggest beli jenama mahal sikit sebab boleh tahan lama kalau korang jaga dengan elok. Aku memang dah trust dengan product Avent. So aku memang takkan tukar dengan yang lain. Untuk nursing pad, aku suggestkan jenama Babe. Selain jenama tu, aku tak suggest sebab membazir je kalau beli. Aku pernah guna jenama Bumble Bee, tak sampai setengah hari aku pakai dah basah lencun. Macam pakai washable nursing pad. Lepas tu dia lambat absorb. Terasa basah je.

Stroller & Car seat
Stroller untuk kemudahan nak berjalan. Takkan korang nak dukung je kan. Patah tangan kalau dukung baby sambil round 1 Mid Valley. Hahahaha...Macam xde tempat lain ek? Car seat pun perlu sebab senang. Kepada korang yang akan drive sendiri, kalau xde car seat, mane nak letak baby tu kalau xde orang pegang.

Katil
Beli je 1 katil baby. Takyah nak berhimpit-himpit tidur. Privasi sikit bila time-time korang nak beromantika ngan hubby korang...hehehhe...Dah beli katil mestilah ada pillow dan cadar bagai. So belilah sekali.

Infant bathtub dan changing mat
Belilah untuk memudahkan korang nak mandikan baby. Changing mat tu penting semasa korang nak tukarkan baju baby. Mane tau dia terkencing, ada alas.

Barang-barang gromming
Pengetip kuku baby mesti ada. Cotton-bud baby, facial cotton/cotton balls, wet tissue, losyen baby, minyak telon, bath gel dan syampoo. Kat sini aku tak letak bedak sebab bedak tak sesuai digunakan. Bedak boleh menyebabkan asma kepada baby. Better guna losyen. Oppss...terlupa benda penting. Nappy rash cream jangan lupa beli. Alcohol swab juga penting untuk keringkan pusat. Selalunya hospital akan provide. In case tak cukup korang  belilah.Tempat sedut hingus pun kena ada kalau anak korang kena selesema dan juga termometer digital.

Pacifier
Umm...Untuk buat baby happy. Ye ke? Bolehlah digunakan if anak korang suka nak mengopek je. Tapi janganlah dibiasekan. Orang kate nanti gig tak cantik. Aiman dan Alya memang xnak guna pacifier. Membazir je aku beli. Tak pakai pun.

Optional
Buaian aku rasa xberapa nak penting sangat. Better jangan diajar anak tidur dalam buai. Nanti susah korang nak pergi jalan-jalan. Rocker atau glider pun boleh nak beli. Aku pun ada beli 1. Infant to toddler rocker jenama Fisher Price. Mahal sikit tapi berbaloi sebab anak dah 2 pun masih boleh pakai.

Tu jelah yang aku rasa basic things yang perlu ada. Oklah nak stop dulu. Nanti aku sambung lagi dengan tajuk yang boleh membantu korang semua.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...