Sunday, March 27, 2011

Tanda-tanda bayi tak cukup susu

Hi semua,
Tadi aku terbaca satu artikel bagaimana kita nak tahu yang baby kita xcukup susu. Aku rasa post kali ni boleh membantu korang yang selalu kata baby korang xcukup susu. 



Antara kemungkinan-kemungkinan ialah:-
1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.
2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.
3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.
4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya bewarna kuning dan berbau kuat.
5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.
Faktor Penyebab
Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-
1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi, proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.
2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya. Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.
3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.
4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosong kepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan putting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan putting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.
5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu mlam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.
6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.
7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu. Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.

So, aku rasa korang boleh agak susu korang cukup atau x untuk baby. Yang penting, tanamkan semangat kita untuk menyusukan anak kita dengan susu ibu. Insyaallah Allah akan membantu usaha kita dan susu kita akan cukup sehingga anak kita xmemerlukannya lagi. Amin..


Artikal daripada : yoursupermom.com


Tuesday, March 22, 2011

Susu Ibu VS Susu Formula


Seperti yang kita semua tahu, susu ibu tersangatlah berharga dan terbaik buat anak-anak kita. Aku memang menyokong para ibu yang menyusukan baby mereka dengan susu ibu secara penuh. Seperti yang aku buat sekarang. Bekerja ataupun tidak bukanlah menjadi halangan untuk kita berkata tidak kepada susu ibu. Aku lihat ramai ibu-ibu diluar sana masih fully BF anak-anak mereka walaupun bekerja. Banyak alternatif yang kita boleh buat kalau kita mahukan ianya menjadi. Betul tak? Sekiranya kita memberi seribu 1 alasan, memanglah xkan jadi.


List Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital

Hello again.. Tajuk post kali ni pun boleh kata penting gak sebab kebanyakkan orang selalu lupa nak bawa barang bila dah kes emergency nak terberanak. Seboleh-bolehnya kita siapkan barang-barang bila dah masuk 35weeks pregnant. Bukan ape, mane tahu baby kita nak keluar before cukup bulan ke. Semua tu kita tak boleh nak jangka. Yela, bila preggy ni, kita ni macam 'Bom Jangka'. Bila-bila masa je bole meletup. Prepare la ape-ape yang patut ye.

Monday, March 21, 2011

Barang-barang yang perlukan...

Hello again... Topic hari ni sangat penting kepada mereka yang having 1st baby. Yelah, sometime ada parent yang terlebih exited sampai tak tahu nak beli apa barang-barang keperluan bila dapat newborn baby. Adakalanya beli barang-barang yang tak penting sampai melupakan barang yang sepatutnya dibeli.

Sunday, March 20, 2011

Pengalaman Pantang 2

Sambungan daripada Pengalaman Pantang 1.

Setelah 2minggu, mama aku pun beransur pulang ke rumahnya di Seremban. Bermulalah hari-hari aku sebagai seorang yang berpantang secara bersendirian tanpa ada sesiapa yang membantu. Seperti biasa, aku akan bangun mengikut kondisi badan aku. Kalau mata aku masih mengantuk, aku akan tidur kecuali kalau Alya bangun. Sepanjang dalam pantang, Alya sememangnya memcabar keimanan aku. Malam-malam dia menangis. Sampaikan aku tak mempunyai masa tidur yang cukup. Ada satu hari tu, aku hanya dapat tidur 3jam sahaja. Aku juga tak banyak masa untuk melayan anak sulung aku, Aiman. Oklah, sambung balik. Aku terpesong cerita sekejap.

Thursday, March 17, 2011

Pengalaman Menyusukan

Inspirasi tajuk dari blog my cousin berkaitan penyusuan ibu.

Alya merupakan anak keduaku yng dilahirkan pada 8.1.11 pada pukul 4.30ptg. Sebelum bersalin, aku sememangnya tidak terfikir untuk memberikan alya susu formula. Aku cuma fikir nak fully BF Alya. Buat pengetahuan semua, aku tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagi pendapat aku, buat apa aku nak membazirkan duit dengan membeli susu formula sedangkan susu badan aku sangat banyak dan cukup untuk Alya.

Suatu ketika dahulu....


Monday, March 14, 2011

Bida Tomok?

Inginkan Tomok membantu anda menyampaikan hasrat terpendam?

Bida Tomok dan dia akan membantu anda melafazkan cinta kepada orang tersayang stail Cornetto! #CornettoLove

Sunday, March 13, 2011

Win A Holiday!!!



What does my life revolve around? Work, work and more work! How do you spell peaceful weekend when shopping malls are packed like mad? I need a getaway! Join #MASTraveller today & stand a chance for a well-deserved holiday!

Reload Digi anda hari ini!

Reload Digi anda untuk dapat GANJARAN terhebat!

Klik link di bawah.

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

Tuesday, March 8, 2011

Calm your baby

SHaring u this article - how to calm your crying baby..

Enjoy!

Wednesday, March 2, 2011

What should I do?

Hi all,

Mood aku hari ni agak unpredictable. Actually aku risau dengan anak aku, Aiman. Dia tak nak makan dan aku tak tau kenapa. Dah 2 hari dia xde selera nak makan. Hmmm... Selalunya dia xpernah menghadapi masalah untuk makan. Apa je yang dihidangkan dia akan makan. But this few days, dia xmahu makan. Nasib baik dia still nak minum susu. Even though dia dah nak masuk 4yrs, dia masih kuat minum susu. Sehari dia akan minum 5 ke 6 kali susu. Maybe sebab dia lapar dan nak ganti nasi yang dia xnak makan tu. Bersyukur jugak aku rasa sebab at least badan dia still ada nutrien yang cukup.

Untuk pengetahuan korang, since aiman 3month, dia dah start minum susu formula Anmum. Dia ada juga BF tapi only on the weekend sebab aku duduk hostel. Sekarang Aiman still minum Anmum Essential. Pernah aku cuba tukar susu, tapi dia xnak. Dia cakap susu tu manis. Macam-macam la Aiman ni.

Tadi aku buatkan Aiman oatmeal dan Koko krunch. Dia makan sikit je. Selalu tu oatmeal habis dia makan. What should I do? Aku tak mahu dia kurang makan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...