Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Pavlova


Bismillahirrahmanirrahim....
Yeah.. Ni dia pavlova yang menjadi kegemaran semua orang. Di sebabkan luarannya yang crispy, dalamnya yang sangat lembut atau diklasifikasi sebagai marshmellowy(Teruknya English aku. Hahahahahha...). Rasanya yang manis tapi apabila dimakan bersama strawberry, kiwi, blueberry, raspberry and blackberry atau apa sahaja buah yang mempunyai rasa masam, dicampur pula dengan whipped cream, memang sangatla sedap dan lazat. So tempting... Makan sekali tak puas. Mesti nak lagi.


Okay. Aku nak berkongsi resipi pavlova ni kat korang. Senang bangat je. :)
Apa yang korang perlukan ialah :
2 biji putih telur saiz A atau besar ( suhu bilik)
75g / 80g icing sugar (ayakkan)
secubit cream of tartar
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sekarang cara-cara nak buat. Sediakan bekas yang bersih tanpa sebarang kesan berminyak. Kalau tak sure boleh ambil kain yang dicelup dengan cuka dan wipe mangkuk tu or ambil lemon gosokkan dalam bowl tu then bilas dengan air bersih. Okay, masukkan putih telur tadi then masukkan cream of tartar. Then menggunakan hand mixer atau stand mixer, pukul telur tu medium speed sampai berbuih. Bila dah berbuih, masukkan icing sugar tu sedikit demi sedikit. Then pukul lagi guna high speed sampai stiff peak(bertanduk iaitu apabila terbalikkan bowl tu white eggs tu xjatuh). Scarp down yang tepi-tepi tu,then pukul lagi sampai gula tadi hancur. Trick dia, colek sikit batter, then gosokkan jari tu. Kalau still rasa lagi hablur gula, pukul lagi. Make sure the meringue nampak glossy dan stiff. Then taburkan tepung jagung dan drizzle the vanilla essence. Then, pukul with medium speed sampai sebati. Then scrap down lagi batter tu. Then pukul lagi with slow speed untuk hilangkan air bubble.
Panaskan oven menggunakan suhu 120C. Griss parchment paper dan alaskan tray untuk baking tu. Then, letakkan meringue tadi atas parchment paper. Buatla bentuk bulat macam disk Then masukkan dalam oven and turunkan suhu oven tu menjadi 100C. Then bakarla selama 1jam. At the same time, kena tengok-tengokkan jugak meringue tu. Make sure dia dah brownish and kering bila di pegang. If kite touch meringue tu, still melekat kat tangan, masukkan balik dalam oven dan bakar lagi sampai dapat result yang diinginkan.
Bila dah dapat result yang diinginkan, keluarkan dari oven dan biarkan dia cool down. If meringue tu betul-betul kering, kita boleh dengar bunyi crispy semasa pavlova tu collapse.
Okay. Time ni,bolehlah potong buah-buah tu. Kalau nak masam, rendamkan buah tu dalam lemon juice dan letak dalam fridge selama setengah jam. Kalau taknak pun xpe. Untuk whipping cream, make sure ia sejuk. Then, aku guna 100ml whipping cream. Secubit garam dan 1/2 sudu kecil esen vanilla. Pukul guna slow speed sehingga creamy. Then bolehla letak atas pavlova dan hiasla ikut suka korang. 



Kepada sesiapa yang malas nak buat,bolehla place order kat aku. Email aje kat sarah_syafiq@yahoo.co.uk or sms 0123609549. Sebiji pavlova tu besarnya 8' berharga RM45. Only serius buyer sahaja. Kena bayar booking sebanyak RM20 bagi mengelakkan pembatalan last minute. Delivery pun kena charge depend tempat. Sms je if nak tau details okay? :)

Thursday, January 19, 2012

Apple Pie Ala-Ala McDonald

Bismillahirrahmanirrahim....

Jam menunjukkan pukul 2.41am.. Agak-agak ade typing error atau ayat aku macam harem, paham-paham ajela. Okay, kali ni entry pasal makanan lagi. Hari-hari makanan. Tiba-tiba aku rasa blog ni dah jadi macam blog resipi. Muahahhaha.... Takpe lah. Itu pun kira sharing gak kan? Share the recipe. Ok. Lets move on!

Monday, January 16, 2012

Macarons Oh Macarons

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada satu topik baru.. Oppss.. lebih kepada resipi baru. Korang taukan apa itu macarons? Mesti korang suka makan macarons yang manis tu. This few month, memang aku tengok semua orang pakat buat macaron and menjadikan macaron door gift untuk majlis kahwin, birthday party and sebagainya. Harga sebiji macaron yang kecil molek tu pun sangatla mahal. Last saturday, aku pergi KLCC. Aku ade tengok ada 1 kedai chocolate depan Maybank (sorry, aku lupa nama kedai tu. Hehehehe...), dorang jual macaron, 1pcs RM3.90. Mak aii... Mahal betul! Tapi, aku memang tak kisah sangat nak makan macaron sebab aku boleh makan bila-bila aku nak dengan cara membuatnya sendiri. Hhehehhe... Great huh?

Thursday, January 5, 2012

Vanilla Muffin

Bismillahirahmanirrahim...

Hi peeps...Happy New Year! Apekah azam tahun baru korang ya? Ok, malas nak membuang masa banyak-banyak. Kita proceed dengan topik sebenar hari ni.

Selasa 3Jan12, aku punya mood sangat-sangatla tak baik. Kehilangan IC dan lesen aku menyebabkan aku sangat stress. Sebenarnya, not big deal pun hilang 2 benda penting tu sebab boleh buat semula. Tapi, biaalah, bila tiba hari hormon tak stabil tu, smuanya menjadi over reacting. Hohohoho... Di sebabkan mood tak baik melanda, so aku pun startla membaking. Ni hasil mood tak baik aku.


Vanilla Muffins

Bahan-bahan :
  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula 
  • 2 cawan susu segar
  •  4 tbsp baking powder

  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara - cara :
  1. Panaskan oven menggunakan suhu 180C.
  2.  Ayakkan tepung dan baking powder. Then masukkan garam.
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  4. Masukkan mentega cair dan esen vanila dan pukul sampai sebati.
  5. Masukkan no2 ke dalam adunan telur berselang seli dengan susu. Masuk sedikit demi sedikit. Gunakan spatula atau sudip kayu dan gunakan kaedah kaup semasa mencampurkan adunan tersebut.
  6. Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar selama 20min.
Senang je resipi tu. Aku dapat resipi ni dari myresipi.com. Cuma cara aku dan pemilik asal resipi ni berbeza.   Tu jelah. Selamat mencuba!



Tuesday, December 6, 2011

Choco Chips Steam Muffins


Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak update resepi dalam blog ni kan? Padahal banyak resepi yang nak aku sharekan dengan korang. Cuma masa tak mengizinkan dan juga aku xsempat nak snap picture makanan-makanan itu. Okay, tanpa melengahkan masa, mesti korang tertanya-tanya resipi untuk muffin kat atas ni. Resepi ni aku dapat dari myresipi.com. Heehhehe..... Resipi ni sangat senang ok. Tak payah susah-susah nak pakai mixer ataupun pening-pening kepala. Tak percaya? Cuba tengok resipi kat bawah ni :

Bahan-bahan ( 15-20 biji saiz sederhana )

  • BAHAN A
  • 2 1/2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • BAHAN B
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • *chocolate chips ikut suka berapa banyak (ni aku yang tambah)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
  2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate
  3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
  4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati
  5. Masukkan chocolate chips dan gaul sebati. (Ni yang aku tambah)
  6. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.

Disebabkan kemalasan aku yang tahap melampau ni, aku copy paste aje. Korang boleh cuba. Follow aje resipi ni bulat-bulat. Insyaallah jadi. Cuma aku buat penambahan pada chocolate chips tu. Boleh juga korang nak tambah almond cincang, raisin atau apa-apa additional yang lain megikut creativity korang. Pada asalnya, aku nak buat lemon frosting. Tapi, disebabkan esen vanila aku cukup-cukup untuk buat muffin tu, terpaksalah aku membatalkan niat dan hajat aku tu. So, selamat mencuba ye?


Wednesday, August 10, 2011

Kek Milo Cornflakes

Bismillahirrahmanirrahim....


Semalam aku tetiba terlebih dan terlampau rajin. Suri rumah yang terlampau. Hehheheh... Ni semua adik aku punya pasal. Dialah yang cerita kek milo dia buat hari tu sedap. Aku tak pernah berzaman tahu kewujudan kek milo. Bila dia bercerita, mulalah tangan aku gigil-gigil nak cuba buat. Biasalah aku ni, hangat-hangat taik ayam. Aku pun tanyalah resipi kat adik aku ni. Tapi disebabkan sukatan yang dia gunakan buat aku rasa confuse, so aku pun bertanya dengan pakcik Google. Pakcik Google pun memberi kerjasama yang amat padu kepada aku, so jumpalah aku satu blog yang ada resipi kek milo dan cara buat dia pun tersangatla senang. Seperti biasa aku ni suka yang senang-senang aje. Malas aku nak menyusahkan diri aku buat kek yang leceh-leceh ni. So tanpa membuang tenaga aku menaip dan masa aku, aku teruskan dengan resipi kek milo yang aku telah ubah sedikit dari resipi asal.

Wednesday, July 13, 2011

Oregano + Butter

Bismillahirrahmanirrahim...


Almost 2weeks aku tak update blog ni. Tak berkesempatan nak menaip. Malam ni aku cuba jugak bersengkang mata untuk mencoret sesuatu di dalam blog.
Oregano and butter... Ape kaitan 2 bahan ni dalam post aku kali ni? Last week aku try 1 recipe Nigella Lawson iaitu Spaghetti Meatball. Process pembuatan spaghetti ni memang aku follow recipe. Meatball tu pun aku buat sendiri. Hasilnya memang BEST! Selama beberapa tahun aku buat spaghetti, tak pernah aku guna oregano dan butter. Normally I'm using olive oil untuk menumis. Aku selalu tengok AFC and Food Network Asia, kebanyakkan chef dalam tu selalu sangat menumis menggunakan butter dan mencampurkan oregano dalam kebanyakkan masakkan mereka. I was wondering, why they always used butter than oil and put oregano till I tried it myself.
For the spaghetti recipe, aku blendkan bawang besar yang warna kuning tu + garlic + oregano + chili paste(cili boh). Then, aku tumis menggunakan butter. Bau dia memang sangat marvelous. Bile aku rasa kuah spaghetti tu, rasanya a bit diffrent daripada yang selalu aku masak. The smell and the taste of oregano and butter memang mengubah rasa masakkan tu. Aku tried put a bit oregano dalam masakkan black paper, memang best. Nasi goreng pun boleh letak oregano. Tumbuk bawang, halia + oregano sikit, then tumis dengan butter. Nice.
Selama ni kita banya menggunakan herbs such as black paper, cinnamon, bunga lawang, cengkih, ketumbar, jintan manis n putih. Apa kata cuba something new? Nanti aku nak cari thyme. Nak tau bagaimana thyme boleh menyedapkan masakkan.


Night..

Sunday, June 19, 2011

Breakfast with Pancake!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang jam 10malam. Barulah aku dapat meluangkan masa nak taip resipi pancake aku yang serba simple ni. Tapi rasa pancake ni macam hotcake kat Mc Donald tu. Tak payahlah nak makan kat McD. Kat rumah pun boleh buat. Jimatkan?

Wednesday, June 15, 2011

Spegeti Tuna!

Bismillahirrahmanirrahim...

Morning everybody! Hari ni aku nak share resepi yang baru aku dapat semalam dari kakak kazen aku iaitu spegeti tuna. Tanpa membuang masa aku untuk menaip panjang-panjang, aku teruskan dengan resepinya ya?
Sebelum tu, gambar kena kasi upload dulu. Baru best sket kan? Kang kalau takde gambar, mcm palin sangat. Ye tak?

Wednesday, June 1, 2011

Apam Polka Dot!!

Bismillahirrahmaninrrahim.... 

Atas permintaan ramai...(eceh..) aku pun nak share resepi APAM POLKA DOT yang comel lote ni....

Thursday, April 7, 2011

Kek Coklat Kukus

Aku rasa sangat bangga sebab aku berjaya menghasilkan sebiji kek coklat kukus. Selama hidup aku 26 tahun, ni lah kali pertama aku buat kek sendiri dan hasilnya...KEBABOOMMM...sedap sangat.... Tak sangka aku. Oklah, aku rasa nak share resepi kek coklat kukus. Aku rasa sebab resepi ni senang sangat tu yang aku boleh buat. Korang pun boleh cuba. Tak payah pakai mixer dan juga oven.

Wednesday, April 6, 2011

Ice Cream

Lama dah aku tak tulis apa-apa dalam blog aku. Tak berkesempatan la. Ni pun aku menaip slow sebab nanti Alya terjaga pula. Hmm...pagi tadi terlebih rajin aku buat ice cream sendiri. Disebabkan kat rumah aku ada biskut Oreo, aku pun buatlah ice cream oreo. Senang je cara nak buat dia. Aku jumpa resepi ni dalam 1 bllog yang aku dah lupa ape namanya. Meh aku kongsikan ngan korang ye.

Friday, February 4, 2011

Resepi Berpantang....

Ini adalah resepi berpantang ak. Ada banyak lagi yang ak masak, tapi  tak berkesempatan untuk ak kongsikan di sini.. Ak masak simple je sebab nk jimatkan masa. Al maklumlah, ak kena buat semuanya sendiri. Malang sekali ak tak ambil gambar setiap kali ak masak untuk ak kongsikan kat sini. Selamat mencuba ye!!!!


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...