Monday, January 16, 2012

Macarons Oh Macarons

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada satu topik baru.. Oppss.. lebih kepada resipi baru. Korang taukan apa itu macarons? Mesti korang suka makan macarons yang manis tu. This few month, memang aku tengok semua orang pakat buat macaron and menjadikan macaron door gift untuk majlis kahwin, birthday party and sebagainya. Harga sebiji macaron yang kecil molek tu pun sangatla mahal. Last saturday, aku pergi KLCC. Aku ade tengok ada 1 kedai chocolate depan Maybank (sorry, aku lupa nama kedai tu. Hehehehe...), dorang jual macaron, 1pcs RM3.90. Mak aii... Mahal betul! Tapi, aku memang tak kisah sangat nak makan macaron sebab aku boleh makan bila-bila aku nak dengan cara membuatnya sendiri. Hhehehhe... Great huh?

Nampak sedap kan? Meh sini aku share sikit resipi n tips-tips nak buat mac ni.

Resipi ni aku ambil dari http://ibudamia.blogspot.com/2011/03/resepi-macaroons.html. Tapi aku ubah sikit sukatan dia terutama tang gula sebab aku tak nak dia jadi manis sangat dan aku nak macaron aku color pink. Cara aku pun lain sikit dari resipi asal.

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising (100gm)
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko (Aku tukar pewarna pink)
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor (10gm)
secubit cream of tartar


Cara-cara :
  1. Alaskan dulang pembakar dengan menggunakan parchment paper sebab dia tak melekat.
  2. Ayakkan gula icing and serbuk koko(sekiranya korang nak gunakan serbuk koko). Dalam resipi asal, serbuk badam tu diayak sekali dengan gula. Tapi bagi aku macam tak sesuai sebab serbuk badam tu tak sehalus gula icing. So aku biarkan serbuk badam itu tak diayak. Ketepikan.
  3. Ambil bekas yang nak digunakan untuk pukul telur. Pastikan bekas tu bersih dari minyak dan kering. Mixer pun mesti bersih dan kering.  
  4. Masukkan putih telur yang dah disimpan dalam fridge selama 4 ke 5 hari. Make sure before nak buat mac, telur tu dikeluarkan dari fridge dan berada dalam suhu bilik. Masukkan cream of tartar. Then putar dengan kelajuan sederhana sehingga berbuih.
  5. Then masukkan gula castor sedikit demi sedikit sampai habis then gunakan kelajuan tinggi dan teruskan pukul sampai stiff peak(adunan tu tak jatuh bila diterbalikkan).
  6. Then, masukkan adunan yang diayak tadi. Guna kaedah kaup balik. Kalau nak letak color, boleh letak time ni.
  7. Masukkan adunan tadi dalam piping bag. Gunakan nozzle yang kecil dalam 5mm dan pipekan atas dulang pembakar.
  8.  Buat sampai habis. Then hentakkan dulang pembakar tadi supaya angin dalam mac dapat dikeluarkan. Buat sebanyak 4 ke 5 kali.
  9. Then, biarkan mac tadi sehingga permukaan atanya kering. Tak kisah berapa lama masa yang korang perlukan, asalkan kering aje permukaan atas mac tu, baru boleh bakar.
  10. Apabila dah kering atasnya, bakar pada suhu 150C selama 10min atau sehingga dia masak. Tak perlu sampai kuning.
  11. Then, biarkan dia sejuk atas redai then baru boleh letak filling. Filling tu korang boleh buat sendiri atau beli aje kat bakery. Nanti bila aku ada resipi filling yang unik dan sedap, aku share kan kat korang okay?

Ni macarons yang aku buat. Filling dia aku guna salted caramel. 

Tips :
Macarons ni sangat leceh nak buat. Tapi kalau kena dengan cara dia, sangatla senang. Yang penting telur perlu di simpan dalam peti 4 ke 5 hari. Then, keluarkan dan dibiarkan dalam suhu bilik sebelum buat mac. Bekas yang digunakan mesti kering dan bebas minyak. Kalau korang macam ragu-ragu dengan bekas korang tu, boleh ambil lemon atau lime, gosok kat bekas tu then bilas dan lap sampai kering. Then, jangan terlalu putar putih telur tu. Once dah stiff, berhenti putar. Masa kaup balik gula icing dengan meringue, jangan over do. Means, kaup balik untuk sebatikan adunan tu aje. Masa letak dalam piping bag, make sure jangan ade angin dalam tu. Ketuk-ketuk piping bag tu after dah masukkan adunan tu. After dah piping adunan atas dulang, hentakla dulang korang tu. Last sekali, biarkanlah dia kering dulu atas dia baru dibakar.

Selamat mencuba okay? ;) 




0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...