Kek Coklat Kukus
Bahan-bahan A
1 cawan susu pekat
1cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (Aku kurangkan sket sebab risau jadi manis sgt)
sedikit serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak
Bahan-bahan B
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
Cara-cara
Masakkan semua bahan-bahan A kecuali minyak di dalam periuk di atas api yang kecil. Kacau bahan supaya tidak berketul. Sebelum tutup api, baru masukkan minyak dan kacau rata.
Kemudian, mix kan bahan-bahan B. Kalau ada mixer, gunalah mixer. Kalau xda, guna blander pun boleh. Tak jadi masalah.
Kemudian, campurkan bahan B kedalam bahan A.
Kacau rata.
Ambil loyang, sapukan butter atas loyang supaya kek tak melekat dan dalam masa yang sama, panaskan air untuk mengukus kek tadi.
Lepas air kukus dah sedia, kukuslah selama sejam.
Senangkan. Korang cubalah yer...
0 comments:
Post a Comment