Selalu kita dengar orang cakap jadi fulltime housewife ni senang. Siapa kata senang? Memang dulu aku juga fikir macam tu sebelum aku ambil keputusan berhenti kerja untuk jaga anak-anak aku sendiri. Orang kata ape nak susah jadi housewife. Penat boleh tidur. Ye memang boleh tidur sekiranya anak kita dah tidur. Kalau tak macam mane nak tidur? Bila aku dah jadi fulltime housewife, aku terfikir lebih baik aku kerja daripada jadi fulltime housewife. Walaupun kerja aku agak stress, tapi tak adalah aku menghadap kerenah anak-anak aku yang kadangkala bikin kepala aku pusing. Lama-lama boleh naik darah tinggi aku. Hahahaha...
Rutin harian aku bertambah sejak Alya lahir. Kalau sebelum dia lahir, aku mampu menghabiskan masa aku yang ada dengan bermain dan mengajar Aiman membaca dan menulis. Sekarang aku tak ada masa yang sebanyak itu. Kadang-kadang aku tak sempat nak manjakan Aiman dan ia telah menyebabkan Aiman menjadi murung dan suka buat aku jadi marah. Hmmmm.. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk melayan Aiman sebaik yang mungkin.
Sekarang aktiviti aku bertambah dengan memasak. Memanglah memasak suatu perkara yang wajib dilakukan pada setiap hari. Tapi ni special kes sebab aku belajar untuk buat kuih. Yelah, aku nak juga menjana pendapatan sendiri. Semasa kerja dahh biasa pegang duit sendiri. Tapi ini tak bermakna En Hubby tak beri aku belanja. En Hubby ada bagi duit belanja untuk aku, cuma taklah banyak seperti masa aku kerja. Takkan aku nak demand lebih-lebih. Semua kelengkapan dalam rumah, makanan, pakaian serta bil-bil yang ada dibawah tanggungan beliau. Aku hanya jaga rumah dan anak-anak. So, untuk aku menambah pendapatan aku, aku perlulah buat sesuatu. Sekarang aku nak memahirkan diri aku buat kuih dan cake yang sedang fofular dijual di blog-blog. So bile aku dah mahir sedikit, bolehla aku mencuba nasib dan aku harap korang-korang sudilah memberi sokongan kepadaku.
Penat sebenarnya jadi housewife. Kita langsung takda cuti. Kalau kerja, ade gak cuti. Tapikan, ada satu kerugian kita apabila bekerja. Kita tak dapat nak beri perhatian lebih pada anak-anak. Masa kita dihabiskan di office. Balik pun dah penat dan anak-anak kita pun dah tidur. Progress anak-anak kita hanya maid atau baby sitter je yang tahu. Macam aku jaga Alya sekarang, aku dapat tau bila dia mula learn something new. Macam petang semalam, dia dah dapat belajar untuk tiup bubble dengan air liur dia. Masa Aiman dulu, aku tinggal hostel dan aku tak berpeluang nak tahu tu semua. Bila aku balikn tengok dia dah boleh merangkak dan berjalan. Hmmm.. Rugikan?
Entry kali ni bukanlah nak bagitau menjadi housewife lebih baik dari bekerja. Cuma aku just nak meluahkan dan share bahawa menjadi housefiwe tidak semudah yang disangkakan. Kalaulah boleh, nak je aku propose kat wife Najib supaya letak 1 hari cuti setiap bulan untuk housewife sahaja. Hahahha... Oklah, Aiman dah ajak ak turun teman dia main dan aku pun nak sambung buat kerja rumah. Cont later ya guys! Happy reading!
Vera Wang Princess For Women EDT 50ml
12 years ago
0 comments:
Post a Comment