Wednesday, May 11, 2011

Post natal hair fall

Perghhh...dah lama aku tak update blog...busy la lately ni...mengadap anak-anak nye kerenah yang tak pernah habis. tak pelah, aku bukannye ade pergi mana-mana. Memang tugas aku mengadap mereka je. So, mengadap dorang ajelah. Ye tak?


Aku sekarang tension dengan masalah post-natal hair loss yang makin teruk ni. Rasa nak sikat rambut pun malas sebab rambut aku habis gugur bila disikat walaupun guna sikat yang jarang-jarang giginya. haa..Kalau aku mengadu pada mereka yang lebih tua berkaitan situasi rambut gugur ni mesti mereka akan mengaitkan dengan Alya. Mereka akan kata "Alya main air liur, tu yang rambut gugur". Apakah logiknya kata-kata sedemikian?
Mungkinkah orang tua berkata sedemikian hanya untuk menyedapkan hati kita atau mereka tidak tau bagaimana nak jelaskan kenapa keguguran rambut itu berlaku?


Aku ada baca dalam website mybengkung.com berkaitan hal ini. Aku terasalah nak share dengan korang. Sebab aku tau, lambat laun korang juga akan mengalami ape yang aku alami sekarang. 


" Kebanyakan ibu baru akan terkejut mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin, tetapi ini adalah perkara biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda tidak akan botak. Rambut anda sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang tahun pertama bayi anda.
Ini apa yang berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.
Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.  "

Haaa..oleh itu kita janganlah risau. Rambut kita akan tumbuh kemabli. Tapi untuk mengelakkan rambut anda bersepah, potong jelah rambut anda supaya pendek dan baby kite pun tak tarik.

sumber : mybengkung.com

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...