Thursday, April 7, 2011

Epidural

Dalam post kali ni aku nak cerita sikit berkaitan epidural. Ramai dikalangan kita tahu dan ada juga yang tak aware pasal epidural. Epidural ni sebenarnye bius atau ubat tahan sakit yang mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Aku ada baca dalam 1 blog berkaitan epidural dan cara epidural digunakan. Aku juga ada pengalaman mengunakan epidural semasa aku bersalinkan Aiman.
Sememangnya kesan epidural ialah korang takkan merasa sakit contraction tu. Aku rasa rugi jugaklah tak ambil epidural awal-awal. Time tu dah buka 4.5cm baru aku ambil. Tapi kira oklah, pakailah dari tak pakai. Ok, pendekkan carita, ni artikel yang aku dapat berkaitan epidural. Sila baca ye :

"Teknik moden yang di yakini oleh doktor-doktor pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin sehingga hampir 100% ialah teknik pembiusan epidural. Teknik ini melibatkan suntikan
khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak.

Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. Teknik ini memerlukan kepakaran dan latihan khusus dan hanya mampu dilakukan oleh Doktor bius yang telah mendapat latihan yang secukupnya. Sekiranya pembiusan ini dijalankan oleh doktor bius yang terlatih maka hampir tiada komplikasi yang bakal di alami oleh pesakit. Namun begitu sekiranya ianya dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih maka ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari, ketidak stabilan tekanan darah, jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang dan kelumpuhan sementara pada kedua-dua belah kaki.

Ibu-ibu yang hendak bersalin terutamanya anak sulung dan merasa takut dengan kesakitan bersalin bolehlah meminta perkhidmatan epidural daripada doktor bius di hospital berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Bertanyalah kepada bidan atau doktor bersalin semasa anda sedang mengandung berkenaan khidmat pembiusan epidural di hospital tersebut sekiranya anda ingin mendapatkannya."

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...