Bismillahirrahmanirrahim...
Morning everybody! Hari ni aku nak share resepi yang baru aku dapat semalam dari kakak kazen aku iaitu spegeti tuna. Tanpa membuang masa aku untuk menaip panjang-panjang, aku teruskan dengan resepinya ya?
Sebelum tu, gambar kena kasi upload dulu. Baru best sket kan? Kang kalau takde gambar, mcm palin sangat. Ye tak?
Bahan-bahan
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - potong dadu
Cili kering - blender (boleh gune cili boh. kepedasan ikut rasa anda)
Tuna in oil(Cap ayam brand) - buang minyak dia dan leyekkan tuna tadi
Tomato puree
Tomato - potong dadu
Serbuk kari
Garam
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Air
Spegeti yang dah siap direbus
Cara-cara
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan putih sampai terbit bau. Kemudian masukkan cili dan tumis sampai masak.
2) Masukkan tomato puree, tomato yang dipotong, serbuk kari, kicap manis dan tuna. Masukkan sedikit air supaya bahan-bahan tadi tidak terlalu pekat.
3) Masukkan garam secukup rasa.
4) Last but not least, masukkan spegeti tadi. Kacau sampai sebati dan taddaaa!! Siap untuk dimakan!
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment