Bismillahirrahmanirrahim..
Lama rasanya tak update pasal kerenah dan keletah putra dan putri aku nih. Almaklumlah sekarang kurang ada masa nak menulis. Hari ni aku terajin nak menulis. Makin penat makin rajin pulak. Hahahahahaha....
Sekarang ni Alya ada kat sebelah kanan aku dan Aiman ade kat sebelah kiri aku. Alya sekarang sibuk main bubbles sambil jerit-jerit dan bergolek-golek. Aiman pulak main game. Aku sempat record suara Alya jerit-jerit tu. Setiap bulan aku record suara dia. Aku buat macam tu untuk tahu milestone dia. Age macam ni, apa yang dia mampu and dah lakukan. Macam sekarang, Alya baru 5mth tapi dia dah menjalar, berpusing dan 2 3 hari ni dia dah cuba mengangkat kaki dia untuk merangkak. Aku rasa dalam beberapa minggu lagi, dia bolehlah merangkak. Insyaallah...
Aiman sekarang dah dihantar ke tuisyen. I know it's too early to sent him there. Tapi itu untuk kebaikkan dia. Now he able to write and read. Walaupun aku hantar Aiman ke tuisyen, tapi itu bukan bermaksud aku melepaskan tanggungjawab aku tidak mengajar Aiman kat rumah. Aku still jadi cikgu dia monitor pembelajaran Aiman. Cuma kat tuisyen tu, dia akan ada kawan. Dia boleh belajar communicate dengan orang lain dan self esteem dia akan meningkat. Ada orang bertanya, kenapa tak hantar sekolah? Bukan tak boleh hantar dia ke sekolah, tapi, he's just 4yrs old. Next year dah nak sekolah lagi. Nanti dia bosan pula sebab pembelajaran umur 4tahun lebih kurang macam 5tahun jugak. Don't waste money kat situ.
Untuk Alya, aku dah mula ajar Alya membaca. Memang dia tak faham dan tak boleh membaca. Tapi aku nak membiasakan Alya dengan buku supaya dia minat nak baca buku bile besar nanti seperti abang Aiman. Dalam masa yang sama, aku cuba untuk melihat apa yang berlaku bila aku mengajar Alya membaca seawal umur dia 3mth. Dulu aku tak berkesempatan nak berbuat begitu sebab aku duduk hostel. Jumpa pun weekend je. So masa aku dengan Aiman amat terhad. Walaupun begitu, aku tetap mengajar Aiman. Aku bertuah kerana mempunyai anak-anak yang bijak dan tidak banyak kerenah.
Aku rasa sampai di sini dulu kisah Aiman and Alya. Aku akan update dari semasa ke semasa bila ada masa terluang. :)
Vera Wang Princess For Women EDT 50ml
12 years ago
0 comments:
Post a Comment