Tuesday, June 28, 2011

Bertangas

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni seperti biasa aku sibuk menguruskan anak-anakku yg sedang membesar dan comel itu. Penat memang tak dapat dinafikan. Tapi, aku tahu ianya berbaloi. Bila dah penat-penat macam ni, aku terasa macam nak manjakan diri aku dengan aktiviti bertangas. Mungkin ada dikalangan korang yang selalu buat aktiviti ni kat spa atau mana-mana pusat kecantikan. Tapi, pernahkah korang terfikir nak buat sendiri dirumah?
Aku akan share kan bagaimana nak bertangas kat rumah. Ada 2 cara yang korang boleh guna.


Cara pertama : Menggunakan toilet duduk
Haa..Rumah korang ada toilet duduk tak? Kalau ade, senanglah. Ambil mangkuk besar atau tupperware ais krim yang besar tu(xkisahlah ape jenis pun, yang penting muat untuk diletakkan dalam mangkuk tandas tu), pastu letak air untuk korang tangas tu. Kat bawah nanti aku akan ajarkan cara nak buat air untuk bertangas. Kalau nak hasil lagi efisyen, korang bungkus badan dengan kain batik. Boleh jadi sauna.


Cara kedua : Menggunakan pasu besar
Bagi yang tidak mempunyai toilet duduk kat rumah, korang carilah pasu bunga yang besar. Kalau boleh tak nak yang ada lubang. Kalau berlubang korang kena letak baldi. Lecehkan? Mungkin korang akan tertanya-tanya, tak sakit ke duduk atas pasu tu? Jawapan aku, korang letaklah kain kat tepi mulut pasu tu. Tak sakitlah punggung korang. Sama seperti cara di atas, curahkan air tangas then korang duduklah di atasnya.


Air tangas
Untuk air tangas tu, korang boleh guna manjakani. Rebus manjakani sampai air menggelegak. Lepas tu, ambil sesudu rempah harum sari(keluaran mustika ratu. Xguna pun xapa) campurkan dalam air rebusan tadi. Manjakani tu bagi mengetatkan ape yang longgar.


Korang bolehlah try buat sendiri. Kalau nak harapkan pergi spa je buat, berapa kali sangat dapat pergi disebabkan kekangan masa. Kalau kat rumah, anytime boleh buat. Sebelum aku terlupa, manjakani tu korang boleh beli kat kedai india. Cakap saje korang nak biji kani, taula india tu. Okay? Selamat mencuba!

Monday, June 27, 2011

breastfeed

Bismillahirahmanirrahim...


Okay, kali ni topik pasal breastfeeding.. Info yang aku dapat ni adalah daripada cousin aku, Ijah. Dia pergi talk berkaitan breastfeeding. Aku copy daripada blog dia. Ijah, minta izin share ya?


  • Menyusukan anak boleh membakar sebanyak 500 kalori. Wah, daripada penat-penat jogging, baik susukan anak untuk kurus. :P
  • Tidak ada masalah untuk para ibu makan apa sahaja makanan kerana ia tidak mempengaruhi susu kecuali rasanya. Setiap yang kita makan itu akan mempengaruhi rasa susu. Kalau kita makan durian, rasa durianlah air susu kita. Tetapi kalau hari itu kita salah makan, bayi kita tidak akan sakit perut kerna makanan yang kita makan kerna susu kita sudah disaring sebelum disampaikan ke anak. Anak akan mendapat air susu yang baik sahaja. Tetapi, bagi makanan bergas, gas tersebut boleh sampai kepada baby. Jadi, kurangkan makanan bergas untuk mengelakkan kembung perut. Selebihnya, silakan makan apa sahaja yang anda teringin. :)
  • Penghasilan air susu kita sebenarnya sangat tergantung kepada demand bayi kita. Badan kita akan menghasilkan susu hanya jika dia tahu bahawa ada demand. Jika kita kurang menyusukan anak kita, maka berkuranglah air susu kita. Untuk para ibu yang berusaha memperbanyakkan air susu dengan cuba memakan segala jenis makanan penambah susu, usaha itu hanyalaah 20% sahaja sedangkan demand daripada bayi itu adalah paling penting untuk mendapatkan susu yang banyak. Jika kita pam susu kita hari ini, susu yang dihasilkan itu sebenarnya sudah cukup untuk bayi kita dan bayi itu tidak memerlukan lebih dari yang dihasilkan. Always bear in mind, perut bayi hanyalah sebesar biji guli, takdelah memerlukan susu berbotol-botol. Dan ini applicable sehingga dia berumur 6 bulan.
  • Saya rasa,info yang seterusnya ini dah ramai tahu. Susu yang dihasilkan pada awal penyusuan merupakan air (fore milk) yang kaya dengan protein, rendah lemak dan banyak air manakala diakhir penyusuan adalah makanan (hind milk) yang kaya dengan kalori dan lemak. Jadi, kalau boleh, susukanlah anak anda selama yang mungkin bagi dia mendapatkan zat makanannya. Sepuluh minit pertama masih foremilk, dan 20minit seterusnya boleh diberi bagi anak mendapatkan susu belakang. Kalau hendak memastikan anak anda betul-betul sudah mendapatkan hind milk nya, boleh dilihat pada najisnya nanti. Jika najisnya berwarna kuning mustard, bermakna dia sudah mendapatkan hind milk tetapi jika ada berwarna kehijauan, itu bermaksud masih fore milk.
  • Orang selalu cakap kalau orang yang breast dia besar, air susu nya banyak dan bagi yang kecil, susu sedikit. Tidak. Besar kecik breast tu sebenarnya kerana lemak yang ada. Semua wanita mempunyai bilangan saraf yang sama untuk menghasilkan air susu. Jadi, tidak ada isu breast besar kecik ya, untuk penghasilan susu yang banyak.
Justeru itu, apekah alasan kita untuk tidak memberikan anak-anak kita BF? Jangan membazir anugerah Allah yang hanya ada pada wanita. Selamat membaca!

Thursday, June 23, 2011

Aiman's Outing

Bismillahirrahmanirrahim...

11hb June hari tu, 1st tima Aiman pergi mandi swimming pool dengan kawan-kawan tuisyen dia. At first, dia macam takut-takut juga. Dia risau aku and papa dia tinggalkan dia kat sana dengan kawan-kawan. Aiman ni mula-mula je dia takut-takut. Tapi selepas beberapa minit, mulalah dia bersosial dengan kawan-kawan dia dengan senang hati.

Seperti kanak-kanak lain yang suka bermain air, begitu jugalah dengan Aiman. Masyaallah. Happy sungguh dia dapat main air. Selalu kalau tidur hotel, dia mandi juga swimming pool tapi tak meriah sebab dia mandi sorang-sorang. Tak da kawan sebaya untuk dia bergurau, main simbah-simbah air dan juga berborak. Aku semetinya sibuk jaga Alya. Papa dia pulak xmasuk dalam air. Just di luar je. Ni bila ade kawan, double happy lah. Tak pe.. Aku tak kisah pun. Walaupun kawan-kawan dia berlainan bangsa, tiada batasan untuk Aiman berkawan.


Sunday, June 19, 2011

Kisah Alya dan Aiman

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama rasanya tak update pasal kerenah dan keletah putra dan putri aku nih. Almaklumlah sekarang kurang ada masa nak menulis. Hari ni aku terajin nak menulis. Makin penat makin rajin pulak. Hahahahahaha....


Sekarang ni Alya ada kat sebelah kanan aku dan Aiman ade kat sebelah kiri aku. Alya sekarang sibuk main bubbles sambil jerit-jerit dan bergolek-golek. Aiman pulak main game. Aku sempat record suara Alya jerit-jerit tu. Setiap bulan aku record suara dia. Aku buat macam tu untuk tahu milestone dia. Age macam ni, apa yang dia mampu and dah lakukan. Macam sekarang, Alya baru 5mth tapi dia dah menjalar, berpusing dan 2 3 hari ni dia dah cuba mengangkat kaki dia untuk merangkak. Aku rasa dalam beberapa minggu lagi, dia bolehlah merangkak. Insyaallah...

Breakfast with Pancake!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang jam 10malam. Barulah aku dapat meluangkan masa nak taip resipi pancake aku yang serba simple ni. Tapi rasa pancake ni macam hotcake kat Mc Donald tu. Tak payahlah nak makan kat McD. Kat rumah pun boleh buat. Jimatkan?

Wednesday, June 15, 2011

Spegeti Tuna!

Bismillahirrahmanirrahim...

Morning everybody! Hari ni aku nak share resepi yang baru aku dapat semalam dari kakak kazen aku iaitu spegeti tuna. Tanpa membuang masa aku untuk menaip panjang-panjang, aku teruskan dengan resepinya ya?
Sebelum tu, gambar kena kasi upload dulu. Baru best sket kan? Kang kalau takde gambar, mcm palin sangat. Ye tak?

Wednesday, June 8, 2011

Nursing Pad

Bismillahirrahmanirrahim....


Sebelum aku story panjang lebar berkaitan topik di atas, aku nak mengucapkan tahniah buat kawan aku, Azman Ramli kerana telah menjadi ayah pada pukul 6.23am pagi tadi.


Ok..Berkaitan dengan topik di atas, korang pernah tak mengalami masalah susu menitis semasa BF baby korang? Yelah 1 breast je yang kite guna untuk BF kan? So sebelah lagi selalunya kan keluar bile susu kita datang. Macam aku yang susu banyak nih memang kena pakai breast pad. Kalau tak, memang basahlah baju aku. Aku dah try macam-macam jenis breast pad. Daripada yang washable sehinggalah disposable. Washable memangla agak murah dan menjimatkan tapi, tak practikal untuk aku. Susu aku banyak so masih tak dapat menampung lebihan susu yang keluar. Aku pun tukarlah kepada disposable. Jenama yang aku pernah cuba pureen, anakku, bumble bee dan Babe. Yang aku sangat puas hati adalah jenama BABE.

Wednesday, June 1, 2011

Apam Polka Dot!!

Bismillahirrahmaninrrahim.... 

Atas permintaan ramai...(eceh..) aku pun nak share resepi APAM POLKA DOT yang comel lote ni....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...