Monday, December 19, 2011

Pengajaran

Bismillahirrahmanirrahim...

Where i need to start ya? Hmm.. Mode aku dikala ini adalah unpredictable. Too many things in my mind and i don't know how to what to think first.

This few weeks, aku dapat beberapa pengajaran dalam hidup. Pertama, "kita perlu berterus-terang mengenai sesuatu keadaan kepada orang yang terdekat dengan kita supaya mereka tidak salah faham". Terdapat beberapa perkara yang aku dah nampak terjadi apabila kita tidak berterus-terang. Semuanya menjadi sangat kelam kabut dan boleh terjadi perbalahan dan juga boleh merosakkan sesuatu perhubungan tak kira apa jenis perhubungan. Sesungguhnya setiap manusia mempunyai pemikiran yang berlainan diantara satu sama lain. Kita juga tak mampu dan tidak boleh membaca fikiran orang lain dan tak tahu ape pandangan seseorang terhadap diri kita. Maybe kita perbuatan kita tu adalah betul, tapi bagi orang lain, ianya salah dan itu boleh menimbulkan salah faham.

Pengajaran kedua yang aku dapat, sentiasa berkata benar walaupun kebenaran itu sangatlah pahit untuk di ceritakan. Berkata benar dan sentiasa jujur terutama kepada orang yang tersayang.

Pengajaran yang ketiga, berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri. Tak perlu nak berlawan-lawan. Tak perlu nak ikut orang lain. Nanti akhirnya diri kita juga yang susah. Kalau diri sendiri aje yang susah tanpa menyusahkan orang lain, tak apelah. Tapi kalau orang lain pun kene tempiasnya, itu sangatlah tak patut.

Keempat, janganlah kita membuat ibu kita menitiskan air mata sedih kerana perangai kita. Sesungguhnya Allah takkan redha dengan apa yang kita buat. Kalau Allah pun tak redha, apa nak jadi pada diri kita? Lu pikirla sendiri... (Sorry Nabil, aku pinjam ayat ko. Hehehe..)

Aku rasa tu ajelah pengajaran yang aku terima untuk beberapa minggu ni. Ada beberapa perkara yang terjadi yang aku nampak dan aku berdoa agar aku tidak mengikut jejak langkah mereka terutama untuk pengajaran yang keempat tu. Aku juga berdoa agar insan itu sedar dengan kesilapannya.

P/S : Aku akan cuba menjadi penghibur yang terbaik untuk mama. I will try my best to make u feel better and happy every day.

Tuesday, December 6, 2011

Choco Chips Steam Muffins


Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak update resepi dalam blog ni kan? Padahal banyak resepi yang nak aku sharekan dengan korang. Cuma masa tak mengizinkan dan juga aku xsempat nak snap picture makanan-makanan itu. Okay, tanpa melengahkan masa, mesti korang tertanya-tanya resipi untuk muffin kat atas ni. Resepi ni aku dapat dari myresipi.com. Heehhehe..... Resipi ni sangat senang ok. Tak payah susah-susah nak pakai mixer ataupun pening-pening kepala. Tak percaya? Cuba tengok resipi kat bawah ni :

Bahan-bahan ( 15-20 biji saiz sederhana )

  • BAHAN A
  • 2 1/2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • BAHAN B
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • *chocolate chips ikut suka berapa banyak (ni aku yang tambah)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
  2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate
  3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
  4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati
  5. Masukkan chocolate chips dan gaul sebati. (Ni yang aku tambah)
  6. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.

Disebabkan kemalasan aku yang tahap melampau ni, aku copy paste aje. Korang boleh cuba. Follow aje resipi ni bulat-bulat. Insyaallah jadi. Cuma aku buat penambahan pada chocolate chips tu. Boleh juga korang nak tambah almond cincang, raisin atau apa-apa additional yang lain megikut creativity korang. Pada asalnya, aku nak buat lemon frosting. Tapi, disebabkan esen vanila aku cukup-cukup untuk buat muffin tu, terpaksalah aku membatalkan niat dan hajat aku tu. So, selamat mencuba ye?


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...