Monday, December 19, 2011

Pengajaran

Bismillahirrahmanirrahim...

Where i need to start ya? Hmm.. Mode aku dikala ini adalah unpredictable. Too many things in my mind and i don't know how to what to think first.

This few weeks, aku dapat beberapa pengajaran dalam hidup. Pertama, "kita perlu berterus-terang mengenai sesuatu keadaan kepada orang yang terdekat dengan kita supaya mereka tidak salah faham". Terdapat beberapa perkara yang aku dah nampak terjadi apabila kita tidak berterus-terang. Semuanya menjadi sangat kelam kabut dan boleh terjadi perbalahan dan juga boleh merosakkan sesuatu perhubungan tak kira apa jenis perhubungan. Sesungguhnya setiap manusia mempunyai pemikiran yang berlainan diantara satu sama lain. Kita juga tak mampu dan tidak boleh membaca fikiran orang lain dan tak tahu ape pandangan seseorang terhadap diri kita. Maybe kita perbuatan kita tu adalah betul, tapi bagi orang lain, ianya salah dan itu boleh menimbulkan salah faham.

Pengajaran kedua yang aku dapat, sentiasa berkata benar walaupun kebenaran itu sangatlah pahit untuk di ceritakan. Berkata benar dan sentiasa jujur terutama kepada orang yang tersayang.

Pengajaran yang ketiga, berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri. Tak perlu nak berlawan-lawan. Tak perlu nak ikut orang lain. Nanti akhirnya diri kita juga yang susah. Kalau diri sendiri aje yang susah tanpa menyusahkan orang lain, tak apelah. Tapi kalau orang lain pun kene tempiasnya, itu sangatlah tak patut.

Keempat, janganlah kita membuat ibu kita menitiskan air mata sedih kerana perangai kita. Sesungguhnya Allah takkan redha dengan apa yang kita buat. Kalau Allah pun tak redha, apa nak jadi pada diri kita? Lu pikirla sendiri... (Sorry Nabil, aku pinjam ayat ko. Hehehe..)

Aku rasa tu ajelah pengajaran yang aku terima untuk beberapa minggu ni. Ada beberapa perkara yang terjadi yang aku nampak dan aku berdoa agar aku tidak mengikut jejak langkah mereka terutama untuk pengajaran yang keempat tu. Aku juga berdoa agar insan itu sedar dengan kesilapannya.

P/S : Aku akan cuba menjadi penghibur yang terbaik untuk mama. I will try my best to make u feel better and happy every day.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...