Sunday, July 31, 2011

Demam

Bismillahirrahmanirrahim...


Sangat lama blog ni tak di update oleh aku. Rasa macam bersawang pula blog ni. Hehhheehe... Walaupun aku suri rumahtangga, akan tetapi banyak perkara yang perlu aku fikir dan buat untuk memastikan anak-anak dan suami happy.
Demam? Kenapa topik kali ni berkaitan demam? Since thursday, kedua-dua buah hati aku iaitu Aiman and Alya demam. But different condition. Aiman demam sebab tonsil bengkak. Alya demam sebab dia baru lepas enjection Pneumococcal phase 1.
Aku kira bernasib baik sebab walaupun anak-anak aku demam, tapi mereka tidaklah buat perangai. Aiman kalau demam, dia biasanya akan menjadi well-behave boy. Alya demam masih boleh menyanyi-nyanyi. Cuma Aiman hilang selera makan sebab tonsil dia. Alya, pantang nampak orang makan, dia akan pandang dengan muka kesian. Sebab nak suruh orang suapkan dia. Macam-macam kerenah. Tapi kerenah yang tak memeningkan kepala.
Last night, about 3am macam tu, Alya kejut aku sebab dia nak susu. Badan dia, sangatlah panas. Aku terlupa nak check tempreture dia time tu. Aku assume dalam 40+celsius. Tapi dia tak menangis, cuma dia main bubble and hisap jari as usual. Before aku bagi susu, aku buka semua baju dia and terus basahkan air kat badan and kepala dia. Then aku biarkan kering sendiri. Then bila panas kurang sikit, baru aku bagi dia minum susu and makan ubat demam. Pastu, Alya pun teruskan bermain sampailah pukul 4.30am, dia pun tertidur after minum susu lagi.
Aiman badan dia tak rasa panas. Tapi bibir dia pecah-pecah. Bila doctor check, tonsil dia bengkak then keronkong dia dah ade infection. So doctor bagi dia antibiotik.
Aku susah hati mengenangkan anak-anak aku sakit. Aku cuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada mereka dijangkiti penyakit. Tapi, aku bukan Tuhan. Siapalah aku untuk menghalang semua tu. Aku cuma seorang ibu yang mencuba buat yang terbaik untuk anak-anak aku. Di rumah aku boleh mengawal keadaan. Tapi apabila keadaan di luar rumah,aku tak dapat nak buayt apa-apa. Takpelah. Mungkin ada hikmahnya.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku ibu yang mengandungkan mereka selama 9bulan, aku ibu yang melahirkan dan menyusukan mereka, Kau sembuhkanlah segala penyakit anak-anakku. Aku memohon padaMu. Amin...

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...