Bismillahirrahmanirrahim...
Pejam celik pejam celik, dah pun bulan Ramadan menjelma. Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan di mana kita diuji dengan kelaparan. Allah nak tengok samada kita ni larat ke tak larat. Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Kita juga kenalah menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Di samping itu kenalah kita menjaga pandangan kita, pendengaran kita, perbuatan kita supaya puasa kita taklah sia-sia. Kita juga hendaklah menambah pahala puasa kita dengan melakukan amalan-amalan sunat.
Cerita pasal puasa ni, aku sangat teruja. Aku baru je berniat nak puasa penuh tahun ni. Dahlah tahun lepas aku memang tak berpeluang untuk berpuasa. Bukan aku tak nak, tapi keadaan aku tak mengizinkan. Masa tu aku mengandungkan Alya, aku cuba berpuasa, belum pun tengahari, badan aku dah menggigil-gigil. Tak larat sangat masa tu. Mama, hubby and Dr Suhaimi sarankan agar aku tak payahlah puasa. Takut mudarat diri sendiri pula. Ok, sambung balik pasal puasa tahun ni. Ak dah tuang 2 hari puasa gara-gara bendera Jepun yang naik hari Khamis lepas. Aku punyalah berdoa agar habis awal, nalangnya, bukan rezeki aku untuk berpuasa penuh. Aku harap esok aku dapatla memulakan puasa aku.
Aku rasa korang semua dah tahu yang aku memang fully BF Alya. Mama aku ada tanya, boleh ke aku puasa dalam masa yang sama BFkan Alya. Aku ada terbaca dalam Pa&Ma berkaitan berpuasa sambil BF. Tiada masalah dan tak perlu risau bekalan susu tak cukup kerana body kita ni dah diprogramkan untuk memproses susu mencukupi keperluan anak kita. So, aku pun bagitau mama aku tentang ilmu yang aku tau tu. Yang penting masa sahur dan berbuka nanti, kita kenalah minum air yang secukupnya bagi mengelakkan badan kita kurang air.
Esok aku akan start berpuasa. Aku berharap agar aku sihat dan boleh berpuasa sehingga raya nanti. Amin....
Vera Wang Princess For Women EDT 50ml
12 years ago
0 comments:
Post a Comment