Monday, May 21, 2012

Rainbow Cake

Bismillahirrahmanirrahim.. Lama betul aku nak update cake ni. Barulah dapat. Ni lah the first Rainbow cake aku. Saje buat untuk testing. Heheheh.. I know ia sangatla huduh. Saya mengakuinya dan rasa topping dia, masyaallah.. Manis madu! Xpela. Nama pun first trial. So ak tau kekurangannya dan aku pun ubah mengikut citarasa tekak aku. Ada gambar lagi aku letak rainbow cake yang diorder oleh my friend n her husband colleage. Anniversary and engagement. Saya masih beginner. Bear in mind the deco will not as beautiful like pro cake deco. Ape ada pada rupa, janji org makan licin pinggan. Heheheh









Sunday, May 6, 2012

Pavlova


Bismillahirrahmanirrahim....
Yeah.. Ni dia pavlova yang menjadi kegemaran semua orang. Di sebabkan luarannya yang crispy, dalamnya yang sangat lembut atau diklasifikasi sebagai marshmellowy(Teruknya English aku. Hahahahahha...). Rasanya yang manis tapi apabila dimakan bersama strawberry, kiwi, blueberry, raspberry and blackberry atau apa sahaja buah yang mempunyai rasa masam, dicampur pula dengan whipped cream, memang sangatla sedap dan lazat. So tempting... Makan sekali tak puas. Mesti nak lagi.


Okay. Aku nak berkongsi resipi pavlova ni kat korang. Senang bangat je. :)
Apa yang korang perlukan ialah :
2 biji putih telur saiz A atau besar ( suhu bilik)
75g / 80g icing sugar (ayakkan)
secubit cream of tartar
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sekarang cara-cara nak buat. Sediakan bekas yang bersih tanpa sebarang kesan berminyak. Kalau tak sure boleh ambil kain yang dicelup dengan cuka dan wipe mangkuk tu or ambil lemon gosokkan dalam bowl tu then bilas dengan air bersih. Okay, masukkan putih telur tadi then masukkan cream of tartar. Then menggunakan hand mixer atau stand mixer, pukul telur tu medium speed sampai berbuih. Bila dah berbuih, masukkan icing sugar tu sedikit demi sedikit. Then pukul lagi guna high speed sampai stiff peak(bertanduk iaitu apabila terbalikkan bowl tu white eggs tu xjatuh). Scarp down yang tepi-tepi tu,then pukul lagi sampai gula tadi hancur. Trick dia, colek sikit batter, then gosokkan jari tu. Kalau still rasa lagi hablur gula, pukul lagi. Make sure the meringue nampak glossy dan stiff. Then taburkan tepung jagung dan drizzle the vanilla essence. Then, pukul with medium speed sampai sebati. Then scrap down lagi batter tu. Then pukul lagi with slow speed untuk hilangkan air bubble.
Panaskan oven menggunakan suhu 120C. Griss parchment paper dan alaskan tray untuk baking tu. Then, letakkan meringue tadi atas parchment paper. Buatla bentuk bulat macam disk Then masukkan dalam oven and turunkan suhu oven tu menjadi 100C. Then bakarla selama 1jam. At the same time, kena tengok-tengokkan jugak meringue tu. Make sure dia dah brownish and kering bila di pegang. If kite touch meringue tu, still melekat kat tangan, masukkan balik dalam oven dan bakar lagi sampai dapat result yang diinginkan.
Bila dah dapat result yang diinginkan, keluarkan dari oven dan biarkan dia cool down. If meringue tu betul-betul kering, kita boleh dengar bunyi crispy semasa pavlova tu collapse.
Okay. Time ni,bolehlah potong buah-buah tu. Kalau nak masam, rendamkan buah tu dalam lemon juice dan letak dalam fridge selama setengah jam. Kalau taknak pun xpe. Untuk whipping cream, make sure ia sejuk. Then, aku guna 100ml whipping cream. Secubit garam dan 1/2 sudu kecil esen vanilla. Pukul guna slow speed sehingga creamy. Then bolehla letak atas pavlova dan hiasla ikut suka korang. 



Kepada sesiapa yang malas nak buat,bolehla place order kat aku. Email aje kat sarah_syafiq@yahoo.co.uk or sms 0123609549. Sebiji pavlova tu besarnya 8' berharga RM45. Only serius buyer sahaja. Kena bayar booking sebanyak RM20 bagi mengelakkan pembatalan last minute. Delivery pun kena charge depend tempat. Sms je if nak tau details okay? :)

Saturday, May 5, 2012

Vanilla Rainbow Cupcakes With Swiss Meringue Buttercream

 


Bismillahirahmanirrahim...

Berkurun lamanya tak di update blog ni. Berhabuk sudah.. Hikhikhik.... Okay.. Tengok tajuk pun dah tau apa yang aku nak cerita hari ni kan? Yesszzaaa... Cupcakes lagi.. Sememangnya aku ni suka baking cupcakes dari cakes yg beso2 tu.

Yang ni shortformnya aku letak as VRCWSMBC..Dah panjang sangat nak taip. Shortform pun pnjang jugakkan? Nak wat cemane.. Layankan ajelah. Okay. Rainbow cake or cupcakes sama aje sebenarnya. Semua jenis cake boleh buat rainbow ni tak kiralah sponge cake, butter cake, pound cake, or vanilla cake. Janganla korang g guna resipi chocolate cake pula. Sudah tentunya takkan jadilah rainbow tu.. Heheheheh.. aku gurau aje. Takkan la korang nak buat macam tu kan? Macam rainbow cake Martha Stewart, dia menggunakan resipi asal rainbow cake yang ni --> http://www.marthastewart.com/256688/rainbow-cake. Aku pula tak berapa ska sebab dia hanya menggunakan eggs white untuk buat cake ni. So aku pun menggunakan resipi vanilla cake yang aku dapat dari Mari's Cake. http://mariscakesenglish.blogspot.com/2010/11/jasperware-decorated-cake-and-vanilla.html. Silalah korang check resipi dalam ni. Sesungguhnya, vanilla cupcakes dia sangat sedap dan moist. No regret!
So, bila dah buat cake batter mengikut resipi yg ada di atas, bahagikanlah kepada 3 or 4 color yang korang suka. Macam aku, aku guna 4color iaitu merah, biru, hijau dan kuning. Sebab apa? Sebab ikut suka akulah.. hehehehe.. So, ikut suka korangla nak bubuh color ape pun. Tak de hallnya. Then, bila nak masukkan dalam cupcakes liner tu, masukkan 1 by 1. Masuk  1 color, then ratakan. Then masuk lagi 1 color, ratakan lagi. Begitulah sampai habis semua liner. MAKE SURE JANGAN SAMPAI PENUH DALAM CUPCAKE LINER TU! 3/4 SAHAJA! Kalau tak, melimpah ruah jadinya nanti. Sebab dalam cake ni ada baking powder as ingredient. So cake akan mengembang.
Okey now for the Swiss Meringue Buttercream (SMBC). Ia merupakan sejenis buttercream untuk topping sama macam Italian Meringue. Perbezaan hanyalah cara penyediaan. Step dia sangatlah simple. Semudah 1, 2, 3. Seriusly. Sebab ape? Sebab, 1 biji putih telur + 3sudu gula + 60g butter. If nak doublekan, 2 biji putih telur + 6 sudu gula + 120g butter. Faham x? Step dia pula, putih telur tadi masukkan dalam bekas tahan panas. Pinch kan salt sedikit. Pukul sedikit biar dia berbuih. Then, masukkan gula tadi dan kacau sedikit. Then menggunakan cara double boiler, panaskan telur n gula sambil pukul dan kacau sampai gula hancur. Nak tau macam mana gula tu hancur, colek sikit dengan jari dan gesekkan jari tu. Kalau masih ada lagi rasa kasar or hablur gula tu,maknanya belum cair lagi. Teruskan kacau. Then, bila dah sudah, ambil hand mixer/ stand mixer, whisk telur n gula tu high speed sampai dia jadi stiff n glossy and sehingga bawah bowl tu sejuk. It tooks like 5mins. Depend on the mixer jugak. Bila dah stiff,glossy and cold, masukkan butter sedikit demi sedikit. If sampai 1 masa, batter tu nampak berketul-ketul, its okay. Teruskan pukul sampai dia creamy. After that, baru masukkan vanilla essence or any essence or fruit puree for the taste. Then pukul lagi guna very low speed, untuk buang air bubble yang trap kat dalam buttercream tu. Then, siap! Boleh colorkan mengikut suka hati korang.

Tu ada picture rainbow cupcake yang baru je masak.

Ni pula yang akan selamat dalam perut aku. Sangat moist even dah masuk dalam fridge.

Ok, siapa nak tempah, boleh email kat aku --> sarah_syafiq@yahoo.co.uk . Kepada siapa nak mencuba, boleh rujuk link-link yang aku dah sertakan dalam tu. No regret. Again those word aku ulang lagi. Hehhehehe.. Take care guys!










ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...