Bismillahirahmanirrahim...
Berkurun lamanya tak di update blog ni. Berhabuk sudah.. Hikhikhik.... Okay.. Tengok tajuk pun dah tau apa yang aku nak cerita hari ni kan? Yesszzaaa... Cupcakes lagi.. Sememangnya aku ni suka baking cupcakes dari cakes yg beso2 tu.
Yang ni shortformnya aku letak as VRCWSMBC..Dah panjang sangat nak taip. Shortform pun pnjang jugakkan? Nak wat cemane.. Layankan ajelah. Okay. Rainbow cake or cupcakes sama aje sebenarnya. Semua jenis cake boleh buat rainbow ni tak kiralah sponge cake, butter cake, pound cake, or vanilla cake. Janganla korang g guna resipi chocolate cake pula. Sudah tentunya takkan jadilah rainbow tu.. Heheheheh.. aku gurau aje. Takkan la korang nak buat macam tu kan? Macam rainbow cake Martha Stewart, dia menggunakan resipi asal rainbow cake yang ni --> http://www.marthastewart.com/256688/rainbow-cake. Aku pula tak berapa ska sebab dia hanya menggunakan eggs white untuk buat cake ni. So aku pun menggunakan resipi vanilla cake yang aku dapat dari Mari's Cake. http://mariscakesenglish.blogspot.com/2010/11/jasperware-decorated-cake-and-vanilla.html. Silalah korang check resipi dalam ni. Sesungguhnya, vanilla cupcakes dia sangat sedap dan moist. No regret!
So, bila dah buat cake batter mengikut resipi yg ada di atas, bahagikanlah kepada 3 or 4 color yang korang suka. Macam aku, aku guna 4color iaitu merah, biru, hijau dan kuning. Sebab apa? Sebab ikut suka akulah.. hehehehe.. So, ikut suka korangla nak bubuh color ape pun. Tak de hallnya. Then, bila nak masukkan dalam cupcakes liner tu, masukkan 1 by 1. Masuk 1 color, then ratakan. Then masuk lagi 1 color, ratakan lagi. Begitulah sampai habis semua liner. MAKE SURE JANGAN SAMPAI PENUH DALAM CUPCAKE LINER TU! 3/4 SAHAJA! Kalau tak, melimpah ruah jadinya nanti. Sebab dalam cake ni ada baking powder as ingredient. So cake akan mengembang.
Okey now for the Swiss Meringue Buttercream (SMBC). Ia merupakan sejenis buttercream untuk topping sama macam Italian Meringue. Perbezaan hanyalah cara penyediaan. Step dia sangatlah simple. Semudah 1, 2, 3. Seriusly. Sebab ape? Sebab, 1 biji putih telur + 3sudu gula + 60g butter. If nak doublekan, 2 biji putih telur + 6 sudu gula + 120g butter. Faham x? Step dia pula, putih telur tadi masukkan dalam bekas tahan panas. Pinch kan salt sedikit. Pukul sedikit biar dia berbuih. Then, masukkan gula tadi dan kacau sedikit. Then menggunakan cara double boiler, panaskan telur n gula sambil pukul dan kacau sampai gula hancur. Nak tau macam mana gula tu hancur, colek sikit dengan jari dan gesekkan jari tu. Kalau masih ada lagi rasa kasar or hablur gula tu,maknanya belum cair lagi. Teruskan kacau. Then, bila dah sudah, ambil hand mixer/ stand mixer, whisk telur n gula tu high speed sampai dia jadi stiff n glossy and sehingga bawah bowl tu sejuk. It tooks like 5mins. Depend on the mixer jugak. Bila dah stiff,glossy and cold, masukkan butter sedikit demi sedikit. If sampai 1 masa, batter tu nampak berketul-ketul, its okay. Teruskan pukul sampai dia creamy. After that, baru masukkan vanilla essence or any essence or fruit puree for the taste. Then pukul lagi guna very low speed, untuk buang air bubble yang trap kat dalam buttercream tu. Then, siap! Boleh colorkan mengikut suka hati korang.
Tu ada picture rainbow cupcake yang baru je masak.
Ni pula yang akan selamat dalam perut aku. Sangat moist even dah masuk dalam fridge.
Ok, siapa nak tempah, boleh email kat aku --> sarah_syafiq@yahoo.co.uk . Kepada siapa nak mencuba, boleh rujuk link-link yang aku dah sertakan dalam tu. No regret. Again those word aku ulang lagi. Hehhehehe.. Take care guys!
0 comments:
Post a Comment