Monday, August 22, 2011

In a relationship, married or not... YOU SHOULD READ THIS!


Bismillahirrahmanirrahim....

Aku dapat artikal ni daripada hubby aku. Orang forward kat dia and dia pun forward kat aku. Sedih aku baca cerita ni. Tapi betul juga ape yang dikatakan dan pesanan dalam cerita ni. Korang bacalah..

Friday, August 19, 2011

Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Lagi beberapa hari raya akan menjelma. Tak sangka dah nak raya. Terasa baru seminggu berpuasa. Kejap betul masa berlalu. Next week akan menjadi hari favourite Aiman sebab dia dapat melunaskan hajat terbesar dia iaitu menaiki aeroplane. Sian dia, dah lama nak naik aeroplane, barulah dapat nextweek. Last dia naik untuk balik kampung 2yrs back. Bagi Alya, pengalaman baru dia naik aeroplane. Hope Alya tak buat lawak antarabangsa kat dalam plane nanti ye? Hehhehehe...
Bile sebut je hari raya, semua orang happy. Time rayalah nak tukar macam-macam, nak beli macam-macam. Semua pakat nak yang baru. Boleh dikatakan hari raya adalah hari bershopping. Para peniaga semua kembang kempis hidung tengok orang melaburkan duit kat kedai dia. Kite yang pembeli ni, kempis poket. Hehehheheh... Biasalah, kalau dah shopping memang tak hengat dunia. Boleh kita berbelanja, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Nanti lepas raya, orang lain sibuk makan, kite lak berpuasa sebab tak cukup duit nak makan. Bak kate lirik dalam lagu Senario raya, "berhabis tak terkira, asal nampak bergaya, walau hutangnya panjang berjela". Oh tidak! Peringatan! Ketika bershopping, janganlah menghauskan kredit kad ye. Sangap nak membayar nanti. Kalau credit limit RM15k, jangan sampai habis credit limit tu. Senyum pihak bank kat korang nanti. Hheheeheh..
Oklah, berhenti setakat ini dulu. Nak sambung tido. Ngantuk masih bersisa lagi ni. Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti!

Thursday, August 11, 2011

Jawatan Kosong di Sapura

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam my hubby ade bagi senarai kerja kosong untuk company SapuraCrest. Korang tengok-tengok la mane-mana yang berkenan. Mana tau ade yang sesuai. Bukan untuk korang sahaja, untuk family korang sekali la tau.

Wednesday, August 10, 2011

Kek Milo Cornflakes

Bismillahirrahmanirrahim....


Semalam aku tetiba terlebih dan terlampau rajin. Suri rumah yang terlampau. Hehheheh... Ni semua adik aku punya pasal. Dialah yang cerita kek milo dia buat hari tu sedap. Aku tak pernah berzaman tahu kewujudan kek milo. Bila dia bercerita, mulalah tangan aku gigil-gigil nak cuba buat. Biasalah aku ni, hangat-hangat taik ayam. Aku pun tanyalah resipi kat adik aku ni. Tapi disebabkan sukatan yang dia gunakan buat aku rasa confuse, so aku pun bertanya dengan pakcik Google. Pakcik Google pun memberi kerjasama yang amat padu kepada aku, so jumpalah aku satu blog yang ada resipi kek milo dan cara buat dia pun tersangatla senang. Seperti biasa aku ni suka yang senang-senang aje. Malas aku nak menyusahkan diri aku buat kek yang leceh-leceh ni. So tanpa membuang tenaga aku menaip dan masa aku, aku teruskan dengan resipi kek milo yang aku telah ubah sedikit dari resipi asal.

Thursday, August 4, 2011

Breastfeed Dan Berpuasa. Bolehkah?

Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum aku start topic pagi ni, aku nak mengucapkan tahniah kepada my cousin Emma coz selamat melahirkan baby boy tengah malam tadi. Dia terpaksa ceaser sebab BP dia dah tinggi walaupun dia baru 8mths preggy. Tak pelah Emma, janji awak and baby selamat. Semoga Emma and newborn sihat dan boleh pulang ke rumah. Dah 2 anak Emma walaupun Faryyal belum cukup setahun lagi. Congratz!

Tuesday, August 2, 2011

Puasa Datang Lagi!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik pejam celik, dah pun bulan Ramadan menjelma. Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan di mana kita diuji dengan kelaparan. Allah nak tengok samada kita ni larat ke tak larat. Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Kita juga kenalah menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Di samping itu kenalah kita menjaga pandangan kita, pendengaran kita, perbuatan kita supaya puasa kita taklah sia-sia. Kita juga hendaklah menambah pahala puasa kita dengan melakukan amalan-amalan sunat.
Cerita pasal puasa ni, aku sangat teruja. Aku baru je berniat nak puasa penuh tahun ni. Dahlah tahun lepas aku memang tak berpeluang untuk berpuasa. Bukan aku tak nak, tapi keadaan aku tak mengizinkan. Masa tu aku mengandungkan Alya, aku cuba berpuasa, belum pun tengahari, badan aku dah menggigil-gigil. Tak larat sangat masa tu. Mama, hubby and Dr Suhaimi sarankan agar aku tak payahlah puasa. Takut mudarat diri sendiri pula. Ok, sambung balik pasal puasa tahun ni. Ak dah tuang 2 hari puasa gara-gara bendera Jepun yang naik hari Khamis lepas. Aku punyalah berdoa agar habis awal, nalangnya, bukan rezeki aku untuk berpuasa penuh. Aku harap esok aku dapatla memulakan puasa aku.
Aku rasa korang semua dah tahu yang aku memang fully BF Alya. Mama aku ada tanya, boleh ke aku puasa dalam masa yang sama BFkan Alya. Aku ada terbaca dalam Pa&Ma berkaitan berpuasa sambil BF. Tiada masalah dan tak perlu risau bekalan susu tak cukup kerana body kita ni dah diprogramkan untuk memproses susu mencukupi keperluan anak kita. So, aku pun bagitau mama aku tentang ilmu yang aku tau tu. Yang penting masa sahur dan berbuka nanti, kita kenalah minum air yang secukupnya bagi mengelakkan badan kita kurang air.
Esok aku akan start berpuasa. Aku berharap agar aku sihat dan boleh berpuasa sehingga raya nanti. Amin....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...