Wednesday, September 28, 2011

Trip to Penang 16th Sept - 18sept

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya aku berpeluang nak update trip aku ke Penang. Tapi sorry la, gambar tak berapa nak banyak dari lensa BB aku. Banyak gambar dari phone Mr Hubby je.

Aku stay kat Royal Hotel Penang. Kat sana hotel dia memang 4-star. Sangat selesa dan aku recommend la kepada korang yang tercari-cari hotel untuk diduduki apabila pergi Penang. Gambar kat bawah tu merupakan pemandangan dari tingkat 16 bilik yang kitaorg duduk spanjang 2 hari kat sana. Nice kan?


Ni gambar Aiman and Alya masa kat hotel. Time ni bersedia nak keluar jalan-jalan.


Ni Alya sorang-sorang tunggu mama mandi. ( Masa aku tulis post ni, Alya sibuk main beg duit aku, Aiman main ketuk-ketuk and Didi duduk sebelah sambil memerhatikan jari-jari aku menaip.)


Gambar kat bawah ni, Hard Rock Hotel. Masih belum mampu nak check in kat hotel ni. Sangat-sangatlah mahal. Tapi kalau setakat makan kat sini, masih boleh lagilah. Sempat lagi ambil gambar kat sini sebab cantik.


Masih sempat berposing walaupun Alya tidur. Sian Alya penat. Aiman memang suka berposing. Heheheh..

Lampu kat lobby hotel ni memang nice kan?


Ni gambar view Batu Feringgi masa sunset. Takdapat nak snap banyak. 


Dalam kereta on the way ke rumah Umi Rafidah ( Clasmate masa kat Unisel). Bila dah jumpa, terlupa pula nak snap picture 'togade-gade' ngan dia. Sorry Umi kerana ke khilafan aku.... Huhuhuhu... Thanks for nasi ayam and pulut kuning jagung tu. Sedap!


Ada tempat yang aku tak dapat nak pergi seperti Bukit Bendera. Parking susah sangat nak dapat. Ada pun jauh gila nak jalan. Sian pula Aiman nanti nak jalan jauh-jauh tu. Tak pelah, next time bukan tak boleh pergi lagi kan?
Makanan nasi kandar,  rojak, char kue tiaw udang semua aku belasah. Tapi gambar jelah tak tangkap. Dah nampak makanan mana nak ingat benda lain. Heheheh...
Next trip maybe nak ke Langkawi. Don't know yet. Ok...aku nak sambung ke blog yang satu lagi.. Blog yang mana? Of course la City of Beauty and Fragrance (http://cityofperfume.blogspot.com/). Daaa....


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...