Friday, September 30, 2011

Kesian 'Beckham'


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah sedihnya apabila kejadian ni berlaku. Hmmm... Yelah, sapalah kita nak menetukan semua ini. Mungkin ajal 'Beckham' sampai di sini sahaja. Hmmm... Sedih kisah ni. Kalau terjadi kepada aku pun, tak taula macam mana aku nak terima semua ni.. Hmmm....

myMetro | Tidur terus tak bangun

Wednesday, September 28, 2011

Trip to Penang 16th Sept - 18sept

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya aku berpeluang nak update trip aku ke Penang. Tapi sorry la, gambar tak berapa nak banyak dari lensa BB aku. Banyak gambar dari phone Mr Hubby je.

Aku stay kat Royal Hotel Penang. Kat sana hotel dia memang 4-star. Sangat selesa dan aku recommend la kepada korang yang tercari-cari hotel untuk diduduki apabila pergi Penang. Gambar kat bawah tu merupakan pemandangan dari tingkat 16 bilik yang kitaorg duduk spanjang 2 hari kat sana. Nice kan?


Ni gambar Aiman and Alya masa kat hotel. Time ni bersedia nak keluar jalan-jalan.


Ni Alya sorang-sorang tunggu mama mandi. ( Masa aku tulis post ni, Alya sibuk main beg duit aku, Aiman main ketuk-ketuk and Didi duduk sebelah sambil memerhatikan jari-jari aku menaip.)


Gambar kat bawah ni, Hard Rock Hotel. Masih belum mampu nak check in kat hotel ni. Sangat-sangatlah mahal. Tapi kalau setakat makan kat sini, masih boleh lagilah. Sempat lagi ambil gambar kat sini sebab cantik.


Masih sempat berposing walaupun Alya tidur. Sian Alya penat. Aiman memang suka berposing. Heheheh..

Lampu kat lobby hotel ni memang nice kan?


Ni gambar view Batu Feringgi masa sunset. Takdapat nak snap banyak. 


Dalam kereta on the way ke rumah Umi Rafidah ( Clasmate masa kat Unisel). Bila dah jumpa, terlupa pula nak snap picture 'togade-gade' ngan dia. Sorry Umi kerana ke khilafan aku.... Huhuhuhu... Thanks for nasi ayam and pulut kuning jagung tu. Sedap!


Ada tempat yang aku tak dapat nak pergi seperti Bukit Bendera. Parking susah sangat nak dapat. Ada pun jauh gila nak jalan. Sian pula Aiman nanti nak jalan jauh-jauh tu. Tak pelah, next time bukan tak boleh pergi lagi kan?
Makanan nasi kandar,  rojak, char kue tiaw udang semua aku belasah. Tapi gambar jelah tak tangkap. Dah nampak makanan mana nak ingat benda lain. Heheheh...
Next trip maybe nak ke Langkawi. Don't know yet. Ok...aku nak sambung ke blog yang satu lagi.. Blog yang mana? Of course la City of Beauty and Fragrance (http://cityofperfume.blogspot.com/). Daaa....


Tuesday, September 20, 2011

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku jumpa artikel ni dalam facebook pakcik aku. So aku rasa ni bagus untuk dikongsi dengan korang semua.


UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Nanti bila aku ada masa, aku cari cara-cara untuk mengubati sakit kepala dan juga demam ringan tanpa perlu makan panadol. Tunggu...

Wednesday, September 14, 2011

Jangan kata berhabuk, bersawang dah ni...

Bismillahirahmanirrahim...

Long time tak post something dalam blog ni. Sejak buat blog baru berkaitan perfume, cosmetic and skincare ni rasa macam berhabuk pula blog sharing is caring ni. Nevermind, I will try my best to come out something untuk blog ni. As usual la, sharing is caring, kan??

This week, my hubby start selsema, dikiuti oleh Aiman, then myself now Alya. Dahla Friday ni nak ke Penang for holiday. Lamanya tak pergi holiday. Selalu sibuk dengan hal nak raya, hal rumah, hal mama(my mom), melepak kat rumah, now this week barulah nak pergi jalan-jalan and at the same time nak jenguk my friend kat sana.

Ok, till now. Nanti aku akan update berkaitan percutian di Penang next week. Have fun on your Hari Raya and also for Hari Malaysia on Friday. Daaa


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...