Sunday, January 30, 2011
pengalaman berpantang 1
ak bersyukur ak berpantang bersama mama ku. dia yg jaga makan minumku. berpantang dengan mama sememangnye syok sebab mama akan pastikan ak makan mengikut masa dan memenuhi segala nutrien supaya ak tidak lapar dan tak sembelit. menu yang pasti ak akan makan ialah masak lemak kuning pegaga. memang sangat menyelerakan. mama akan masak banyak-banyak dan dia akan buat sampai kering supaya tahan lama. bila makan dengan nasi panas,memang best!!! selain daripada itu, mama akan buat air asam dengan lada hitam. air asam ni sangat membuka seleraku untuk makan. dalam masa yang sama, mama akan masakkan ak ikan masak steam. any ikan yang ak boleh makan dia akan buat steam dan juga masak asam pindang. selama 2 minggu ak berpantang, ak hanya makan ikan. ikan yang biase ak makan ialah ikan senangin, bawal putih, siakap dan juga tenggiri.
Friday, January 14, 2011
Pengalaman Bersalin yang mengerikan....
Thursday, January 6, 2011
myMetro | Adik tak puas hati
hmmm...susah nk jangka kes ni... kesian jugak pada family ni sebab mereka nk tau cerita sebenar. yelah, zaman sekarang kes bunuh-membunuh ni dah macam normal je. orang zaman sekarang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. tapi xmustahil kalau si mendiang membunuh dirinya sendiri. itu semua kita xdapat nak pastikan. semoga keluaga mendiang bersabar dan menerima segalanya dengan hati yang tabah.
teka teki teka tekuk...
tutup sebelah mata untuk menembak?
jawapan :sebab kalau dia tutup dua belah mata
dia macamana dia nak tembak.
Wednesday, January 5, 2011
Menanti hari.....
Antara suami dan ibu...mane yg patut didahulukan???
saya seorang perempuan berumur 30 tahun. sudah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. saya selalu dengar tentang keluhan para isteri yg tidak puas hati dengan tindak tanduk mak mertua masing2. tapi utk kes saya ini lain.
sekarang ini saya & suami serta anak tinggal dirumah emak saya sejak 2 tahun selepas bapa saya meninggaldunia. tujuan saya memutuskan utk tinggal bersama emak saya kerana hendak menemani emak kerana dia tinggal seorg memandangkan kakak tinggal dirumah lain bersama suami dan adik lelaki tinggal di subang.
saya tahu saya sebagai seorang anak mesti membantu, mentaati, melayani emak sebaik mungkin, mungkin saya ade buat silap kpd mak saya sbb saya tahu yg saya tak perfect, hanya manusia biasa. tetapi, mak saya masih tak puas hati dengan layanan saya terhadap dia. dia ckp yg saya ni sayang suami lebih dari dia (cara dia ckp mcm sy tak pedulikan die & mcm mendera dia). selain daripada itu,bila saya britau die saya hendak balik kampung suami saya, dia tak setuju sbb membuang duit dan lebih afdal kalau balik pada hari raya shj. dan semalam, baru je terjadi lagi pergaduhan hanya kerana cara saya mendengar perbualan dia. dia ckp kalau dia bercerita dgn saya, saya seperti tidak mendengar dgn betul & tidak pandangnyer. padahal mmg saya dengar & dia berada di hadapan saya, cuma mata saya ke tv. pastu, dia ckp bila saya berbual ngan suami saya, saya siap pandang belakang mengadap suami saya.
jadi soalannye ialah
1. syurga anak perempuan yg berkahwin terletak di mana? di bawah ibunya atau suaminya?
2. emak saya menuduh suami saya menceritakan hal tak elok tentang dia (emak) kat sepupu suami, padahal tidak. ini terjadi bila emak menjemput sepupu masuk ke rumah, dan sepupu menolaknye kerana hanya hendak berbual di luar rumah & mungkin taknk menyusahkan mak sya. jd ape hukumnye jika seorang emak menuduh anak & menantunye tanpa selidik?
3. dengan siapakah perlu saya ikut ckp terlbih dahulu, emak atau suami.
4. siapakah lebih afdal menjaga emaknya? anak lelaki atau perempuan?
5. selama saya tinggal dgn emak, saya telah byk mengendahkan suami saya kerana hendak memenuhi keperluan emak, tetapi emak saya tetap mgatakan saya ni anak yg teruk. dan adakah saya berdosa sekirenya saya mengabaikan tanggungjawab saya sbg seorg isteri utk melayan sepenuhnye kpd emak? kiranya saya terpaksa mendahului emak, baru suami.
6. adakah saya menderhaka kpd emak, jika dia(emak) menuduh suami saya & saya mempertahankan kerana ia tidak benar? sbb dia akan ckp yg saya melawan dia. bagi saya, saya cuma mempertahankan suami saya.
7. benarkah seorg emak boleh ckp ape saje benda tak baik kat anak, tetapi emak tidak mendapat dosa?
itu sahaja. saya harap akan mendapat jawapan dgn detail lagi. insyaAllah sy akan ikut nasihat ustaz.
hubungan dengan emak saya kira ok tetapi kadang2 kami sering berselisihan pendapat shingga menjadi pergaduhan. dan emak kecewa dgn jawapan yg saya beri jika dia bertanya sehingga dia mengatakan saya melawan ckp dia. bagi saya, sebagai serorg berumur 30, saya hanya meluahkan pendapat saya.
contohnya, emak tidak setuju suami saya bekerja menjual kereta, tetapi saya cuma katakan yg itu shj offer yg suami dpt dan tiada offer lain lagi. tapi dia tak puas hati sbb bg dia ade byk lg peluang pekerjaan. tapi saya masih ckp tiada peluang pekerjaan lain, sudah hantar byk resume, tapi cuma itu je yg dpt. lepas tu timbul le rase tak puas hati emak terhadap suami saya. dia ckp dia tak berkenan kt suami sya sejak dari zaman saya berkawan. then dia ckp kenapa cari suami mcm tu ler, dia lebih berkenan dgn sorg lelaki ni. saya ckp, kalau dh jodoh nk buat mcm mana. then dia ckp jodoh lain, ini lain. dengan perkara2 mcm ini yg membuat emak saya ckp anak2 dia melawan ckpnya. saya tak paham.
lepas je bergaduh, emak saya ckp yg dia doakan bahawa anak2 saya akan melawan saya suati hari nanti. saya tahu, anak akan berbuat demikian, tapi bagi saya tak perlu lah berdoa seperti begitu utk cucu2nya. dan dia juga berdoa agar anak saya dpt suami seperti menantu lelaki (yg tidak digermari) supaya saya rase ape yg dia rasa. bagi saya, seorg ibu mesti sentiasa doa kebaikan utk anak2 walaupun anak tu menderhaka. tapi emak saya membuat demikian sbb kecewa dgn saya.
jd ape perlu saya buat? adakah saya perlu berdiam sahaja tanpa memberi pendapat saya?
jawapan:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Jawapan kepada keseluruhan persoalan di atas secara ringkasnya adalah seperti berikut :
Secara umumnya Islam meletakkan hak suami sebagai perkara yang wajib dilaksanakan serta didahului berbanding dengan memenuhi keperluan dirinya (isteri) sendiri dan juga ibu dan bapanya , selagi mana ianya bukan kepada perkara-perkara yang dilarang atau maksiat kepada Allah swt.
Sabda Rasulullah saw , maksudnya :
Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya.
(Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)Malah dalam satu riwayat lain , Nabi saw bersabda dengan maksudnya :
Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya.
(HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)Walaubagaimana pun si isteri tetap dibolehkan untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibu dan bapanya selagi mana ianya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suaminya. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra ayat 23 :
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.
Apabila berlaku pertembungan antara hak atau kewajipan kepada suami dengan hak atau kewajipan kepada ibu dan ayah , maka si isteri diwajibkan untuk mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan kepada suaminya terlebih dahulu.
Pada ketika itu si isteri hendaklah melakukan pendekatan yang berhikmah dengan cara bersikap lemah lembut dan memohon maaf kepada ibu atau ayahnya kerana tidak dapat mendahulukan kehendaknya tanpa memutuskan tali silaturrahim antara ibu bapa dan anak.
Buatlah yang terbaik agar kepentingan suami dan ibu Puan dapat dijaga dengan baik dan sempurna.Selalulah berbincang dengan suami agar dapat bertolak ansur dan bersabar dengan kerenah dan ragam ibu Puan tersebut agar ikatan kekeluargaan tidak rosak dan terputus.
al-ahkam
Very Sad Story
Baru-baru kita dikejutkan dengan pelbagai cerita orang kena buang kerja. Very Sad Story. Baik di negara kita juga di negara jiran. Bukan setakat kerja kilang atau kerani je, professional pun kena buang kerja. Kekadang orang tak nak beringat, dah terkena baru nak mengelabah. Tak ada persediaan untuk menghadapi keadaan yang mungkin terjadi pada sesiapa pun walau sebesar mana pun syarikat kita bekerja. Tak ada punca pendapatan kedua yang boleh 'cover' punca pendapatan pertama yang boleh hilang dengan sekelip mata. Janganlah merungut, tak adil sana tak adil sini. Tak perlulah menuding jari, pihak ni tak patut, pihak tu tak patut. Sedar diri yang kita hanya makan gaji. Jika anda masih rasa selesa dengan pendapatan bulanan anda (makan gaji) ketika ini yang x lebih daripada 30 ribu..dan selesa berada pada "confort zone" maka teruskanlah. Setiap hari kita berdoa pada Allah. Ya Allah murahkan rezekiku, Ya Allah berikan aku rezeki yang halal. Tapi apa yang kita buat?? Setelah Allah turunkan rezeki dengan cara memberi kita peluang depan mata, kita tolak. Peluang itu satu rezeki. Kenapa kita masih berdoa siang dan malam minta Allah murahkan rezeki tapi dalam masa yang sama kita menolak rezeki. Sungguh tidak bersyukur. Usahkan nak berusaha, peluang depan mata pun tak pernah kita nak lihat. Takut, malu, malas, leceh, susah, sombong. Mereka yang tak peduli langsung peluang yang datang bukannya hidup selesa. Orang kata mereka hidup dalam 'comfort zone' jadi tak perlu cuba apa-apa peluang pun. Yang sebenarnya mereka ini dah selesa hidup dalam kesusahan dan kepayahan tapi masih berharap hidup akan berubah dan terus menerus berdoa. Hidup dengan hutang keliling pinggang, gaji cukup-cukup makan, selesa ke hidup mereka? Realitinya mereka dah biasa hidup begitu, jadi payah nak berubah corak pemikiran. Kita kata kesiannya. Apa yang kesian? Ini pilihan mereka sendiri. Terlalu banyak alasan untuk berubah dan berusaha. Siswazah menganggur sekarang terlalu ramai tapi masih nak berlagak memilih kerja. Tak kata semua tapi kebanyakannya begitu. Masih nak merasa juga 'keseronokan' kerja makan gaji. Tak apa tunggulah sampai dapat kerja dan cuba rasa sendiri. Yang kena VSS ke, kena retrench ke, ingatlah duit yang kita dapat itu tak akan bertahan lama. Gunakan rezeki itu dengan sebaik-baiknya. Carilah peluang yang boleh menjamin masa depan kita dan orang yang kita sayangi. Kepada mereka yang dah ada 'back up' tahniahlah, kena buang kerja pun masih mampu tersenyum. Segelintir hanya tahu mengeluh panjang sebab tak ada sumber lain yang dapat menyelamatkan keadaan. Ada sesetengah orang begitu selesa hidup dalam susah..sedangkan selama ini hidup bukanlah senang sangat pun..tapi masih belom mahu berubah. |