Thursday, April 5, 2012

Double Chocolate Cupcakes


Bismillahirrahmanirrahim...

Yeah ni dia rupe Double Chocolate Cupcakes yang ditempah oleh officemate my hubby. Ade M&M lagi. Price RM2.50 untuk medium size. Ok tak? Jangan tegur pasal deco lagi sebab aku ni baru belajar nak deco cupcakes. Aku akan terus berusaha memantapkan lagi skill deco. Yang penting rasa tu perlu ada. Okeh.. Kat bawah picture cupcake rose. Saje aku try guna lebihan buttercream coklat yang ada.




Oklah kan untuk beginner macam aku ni. Ehh... Dahlah. Seksa aku menaip guna keyboard rosak ni. Tunggu laptop baru baru best...hehehehhe







Thursday, March 8, 2012

Sibuk dan sibuk....

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuhh...fuhh... Tiup-tiup habuk yang berlambak-lambak dalam blog ni. Ahhhcccuummm..... Hahahaaha... Lama betul tak diupdate. Banyak sebenarnya benda nak share, but lack of time. Macam busy sangat aje kan? Padahal sekarang ni busy tengok cerita korea. 


Hahahaha.. Siot aje diriku ini. Selain dari alasan menonton cerita korea, aku juga sedang aktif membaking. Asyik berasap aje oven kecilku itu. 

Hehhehe...Gambar sekadar hiasan aje. Aku giat membaking untuk memahirkan skill membaking yang aku ada untuk tujuan jangka panjang. Apa dia tujuan tu? Adalah..( Bajet mcm ade orang tanya aje kan? :p) Aku sekarang kira dah mampu untuk membuat Red Velvet Cuppies, Basic chocolate and vanilla cupcakes, all types of muffins, whoopie pie (jarang dengarkan? nanti aku buat entry untuk whoopie pie ni), pavlova (walaupun collapse..hahahah), macarons, cookies famous amos, dan macam-macam lagilah. Penat tangan aku nak taip semua sekali. Next week aku ada project baking Red Velvet Cuppies untuk birthday anak kawan aku. Last month, kawan hubby aku tempah cookies famous amos. Alhamdulillah... Rezeki Allah bagi. Takkan nak tolak. Sayang nak tolak rezeki.. Hehehehe... Moga lepas ni bertambah-tambah rezeki aku. Amin... Haa..Kepada korang kat luar sane, if terasa nak meng'order; sudi-sudilah menghubungi aku kat 0102082075. Sampai sini saje entry aku kali ni. daaaa

Tuesday, January 31, 2012

Vacancy For Senior Welding Inspector


Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada berita baik kepada penganggur dan juga kepada sesiapa yang ingin mencari kerja baru. Sesiapa yang rasa nak kerja kat Vietnam dan berkelayakkan seperti requirement di bawah bolehlah emailkan resume kepada syj_orange@yahoo.co.uk



Requirement :

  • CSWIP 3.2 ( Senior Welding Inspector),
  • Radiograph Interpretation Certification,
  • AUT Certification.
  • Experience In handling 13% cr Material
  • Experience In handling CRA Material
  • Minimum 7 Year expériences
  • Familiar with Code and Standards : DNV-OS-F101, DNV –RP-E305, DNV-RP-H101, DNV–2000
  • RP 14J,
  • RP 17A(ISO 13628-1),
  • RP 17H(ISO 13628-8),
  • RP 171,
  • ASME B16.5,16.9, 16.25, 16.34, V, VIII, IX,
  • IMCA C 002,3 & 4
  • UK HSE- 1997 DIVING AT WORK REGULATIONS
  • Willing to work offshore.(VIETNAM)
  • Valid BOSIET/HUET Cert.(OPITO APPROVED)
  • Valid Offshore Medical Report
  • Shall report to QA/QC Engineer and is responsible for all coordination and compilation of all construction QA/QC documentation.
  • Shall be required to coordinate the inspectors to work locations.
  • Shall be responsible to coordinate and submit the QA/QC reports for all works immediately after implementation.
  • Shall be responsible for quality documentations preparation, review, internal approval and client’s approval. 
  • Shall implement quality activities such as QA/QC programs, audits and coaching of the inspection team.
  • Any other duties and responsibilities as assigned from time to time.
  • You will visually verify that the incoming materials have met the requirements for welding works, such as quality and dimensional tolerance levels, witnessing qualifying tests for welders as required.
  • From time to time, you will be required to act as an internal independent party to conduct inspection of such nature.
  • As part of this role, you will also conduct inspection and tests on fixtures, structures and other installation works, in line with the International codes and Standard, at our vendors’ shop facilities/work-sites.
  • Additionally, you will prepare and compile quality, inspection and non-conforming reports throughout projects, and follow up on necessary corrective actions.
  • In addition, you will monitor the performance of welders, while implementing and monitoring proper storage and usage procedures for welding tools and equipment.
  • Liaising with NDT subcontractors on the viewing and interpretation of radiography films will also be an important aspect of this role.

Semoga korang dapat pekerjaan yang korang inginkan. Amin....

Thursday, January 19, 2012

Apple Pie Ala-Ala McDonald

Bismillahirrahmanirrahim....

Jam menunjukkan pukul 2.41am.. Agak-agak ade typing error atau ayat aku macam harem, paham-paham ajela. Okay, kali ni entry pasal makanan lagi. Hari-hari makanan. Tiba-tiba aku rasa blog ni dah jadi macam blog resipi. Muahahhaha.... Takpe lah. Itu pun kira sharing gak kan? Share the recipe. Ok. Lets move on!

Monday, January 16, 2012

Macarons Oh Macarons

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada satu topik baru.. Oppss.. lebih kepada resipi baru. Korang taukan apa itu macarons? Mesti korang suka makan macarons yang manis tu. This few month, memang aku tengok semua orang pakat buat macaron and menjadikan macaron door gift untuk majlis kahwin, birthday party and sebagainya. Harga sebiji macaron yang kecil molek tu pun sangatla mahal. Last saturday, aku pergi KLCC. Aku ade tengok ada 1 kedai chocolate depan Maybank (sorry, aku lupa nama kedai tu. Hehehehe...), dorang jual macaron, 1pcs RM3.90. Mak aii... Mahal betul! Tapi, aku memang tak kisah sangat nak makan macaron sebab aku boleh makan bila-bila aku nak dengan cara membuatnya sendiri. Hhehehhe... Great huh?

Thursday, January 5, 2012

Vanilla Muffin

Bismillahirahmanirrahim...

Hi peeps...Happy New Year! Apekah azam tahun baru korang ya? Ok, malas nak membuang masa banyak-banyak. Kita proceed dengan topik sebenar hari ni.

Selasa 3Jan12, aku punya mood sangat-sangatla tak baik. Kehilangan IC dan lesen aku menyebabkan aku sangat stress. Sebenarnya, not big deal pun hilang 2 benda penting tu sebab boleh buat semula. Tapi, biaalah, bila tiba hari hormon tak stabil tu, smuanya menjadi over reacting. Hohohoho... Di sebabkan mood tak baik melanda, so aku pun startla membaking. Ni hasil mood tak baik aku.


Vanilla Muffins

Bahan-bahan :
  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula 
  • 2 cawan susu segar
  •  4 tbsp baking powder

  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara - cara :
  1. Panaskan oven menggunakan suhu 180C.
  2.  Ayakkan tepung dan baking powder. Then masukkan garam.
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  4. Masukkan mentega cair dan esen vanila dan pukul sampai sebati.
  5. Masukkan no2 ke dalam adunan telur berselang seli dengan susu. Masuk sedikit demi sedikit. Gunakan spatula atau sudip kayu dan gunakan kaedah kaup semasa mencampurkan adunan tersebut.
  6. Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar selama 20min.
Senang je resipi tu. Aku dapat resipi ni dari myresipi.com. Cuma cara aku dan pemilik asal resipi ni berbeza.   Tu jelah. Selamat mencuba!



Monday, December 19, 2011

Pengajaran

Bismillahirrahmanirrahim...

Where i need to start ya? Hmm.. Mode aku dikala ini adalah unpredictable. Too many things in my mind and i don't know how to what to think first.

This few weeks, aku dapat beberapa pengajaran dalam hidup. Pertama, "kita perlu berterus-terang mengenai sesuatu keadaan kepada orang yang terdekat dengan kita supaya mereka tidak salah faham". Terdapat beberapa perkara yang aku dah nampak terjadi apabila kita tidak berterus-terang. Semuanya menjadi sangat kelam kabut dan boleh terjadi perbalahan dan juga boleh merosakkan sesuatu perhubungan tak kira apa jenis perhubungan. Sesungguhnya setiap manusia mempunyai pemikiran yang berlainan diantara satu sama lain. Kita juga tak mampu dan tidak boleh membaca fikiran orang lain dan tak tahu ape pandangan seseorang terhadap diri kita. Maybe kita perbuatan kita tu adalah betul, tapi bagi orang lain, ianya salah dan itu boleh menimbulkan salah faham.

Pengajaran kedua yang aku dapat, sentiasa berkata benar walaupun kebenaran itu sangatlah pahit untuk di ceritakan. Berkata benar dan sentiasa jujur terutama kepada orang yang tersayang.

Pengajaran yang ketiga, berbelanja mengikut kemampuan kita sendiri. Tak perlu nak berlawan-lawan. Tak perlu nak ikut orang lain. Nanti akhirnya diri kita juga yang susah. Kalau diri sendiri aje yang susah tanpa menyusahkan orang lain, tak apelah. Tapi kalau orang lain pun kene tempiasnya, itu sangatlah tak patut.

Keempat, janganlah kita membuat ibu kita menitiskan air mata sedih kerana perangai kita. Sesungguhnya Allah takkan redha dengan apa yang kita buat. Kalau Allah pun tak redha, apa nak jadi pada diri kita? Lu pikirla sendiri... (Sorry Nabil, aku pinjam ayat ko. Hehehe..)

Aku rasa tu ajelah pengajaran yang aku terima untuk beberapa minggu ni. Ada beberapa perkara yang terjadi yang aku nampak dan aku berdoa agar aku tidak mengikut jejak langkah mereka terutama untuk pengajaran yang keempat tu. Aku juga berdoa agar insan itu sedar dengan kesilapannya.

P/S : Aku akan cuba menjadi penghibur yang terbaik untuk mama. I will try my best to make u feel better and happy every day.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...