Showing posts with label day by day; share;. Show all posts
Showing posts with label day by day; share;. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Individual cheesecake


Bismillahirrahmanirrahim...

Individual cheesecake aku yang beharga RM4.50 sebiji. Sesuai kepada penggemar cheesecake sebab makan banyak-banyak pun tak rasa mual. Bukan cakap kosong, tapi dah ada yang mengakuinya.. :)


Double Chocolate Cupcakes


Bismillahirrahmanirrahim...

Yeah ni dia rupe Double Chocolate Cupcakes yang ditempah oleh officemate my hubby. Ade M&M lagi. Price RM2.50 untuk medium size. Ok tak? Jangan tegur pasal deco lagi sebab aku ni baru belajar nak deco cupcakes. Aku akan terus berusaha memantapkan lagi skill deco. Yang penting rasa tu perlu ada. Okeh.. Kat bawah picture cupcake rose. Saje aku try guna lebihan buttercream coklat yang ada.




Oklah kan untuk beginner macam aku ni. Ehh... Dahlah. Seksa aku menaip guna keyboard rosak ni. Tunggu laptop baru baru best...hehehehhe







Friday, September 30, 2011

Kesian 'Beckham'


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah sedihnya apabila kejadian ni berlaku. Hmmm... Yelah, sapalah kita nak menetukan semua ini. Mungkin ajal 'Beckham' sampai di sini sahaja. Hmmm... Sedih kisah ni. Kalau terjadi kepada aku pun, tak taula macam mana aku nak terima semua ni.. Hmmm....

myMetro | Tidur terus tak bangun

Wednesday, September 28, 2011

Trip to Penang 16th Sept - 18sept

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya aku berpeluang nak update trip aku ke Penang. Tapi sorry la, gambar tak berapa nak banyak dari lensa BB aku. Banyak gambar dari phone Mr Hubby je.

Aku stay kat Royal Hotel Penang. Kat sana hotel dia memang 4-star. Sangat selesa dan aku recommend la kepada korang yang tercari-cari hotel untuk diduduki apabila pergi Penang. Gambar kat bawah tu merupakan pemandangan dari tingkat 16 bilik yang kitaorg duduk spanjang 2 hari kat sana. Nice kan?


Ni gambar Aiman and Alya masa kat hotel. Time ni bersedia nak keluar jalan-jalan.


Ni Alya sorang-sorang tunggu mama mandi. ( Masa aku tulis post ni, Alya sibuk main beg duit aku, Aiman main ketuk-ketuk and Didi duduk sebelah sambil memerhatikan jari-jari aku menaip.)


Gambar kat bawah ni, Hard Rock Hotel. Masih belum mampu nak check in kat hotel ni. Sangat-sangatlah mahal. Tapi kalau setakat makan kat sini, masih boleh lagilah. Sempat lagi ambil gambar kat sini sebab cantik.


Masih sempat berposing walaupun Alya tidur. Sian Alya penat. Aiman memang suka berposing. Heheheh..

Lampu kat lobby hotel ni memang nice kan?


Ni gambar view Batu Feringgi masa sunset. Takdapat nak snap banyak. 


Dalam kereta on the way ke rumah Umi Rafidah ( Clasmate masa kat Unisel). Bila dah jumpa, terlupa pula nak snap picture 'togade-gade' ngan dia. Sorry Umi kerana ke khilafan aku.... Huhuhuhu... Thanks for nasi ayam and pulut kuning jagung tu. Sedap!


Ada tempat yang aku tak dapat nak pergi seperti Bukit Bendera. Parking susah sangat nak dapat. Ada pun jauh gila nak jalan. Sian pula Aiman nanti nak jalan jauh-jauh tu. Tak pelah, next time bukan tak boleh pergi lagi kan?
Makanan nasi kandar,  rojak, char kue tiaw udang semua aku belasah. Tapi gambar jelah tak tangkap. Dah nampak makanan mana nak ingat benda lain. Heheheh...
Next trip maybe nak ke Langkawi. Don't know yet. Ok...aku nak sambung ke blog yang satu lagi.. Blog yang mana? Of course la City of Beauty and Fragrance (http://cityofperfume.blogspot.com/). Daaa....


Monday, August 22, 2011

In a relationship, married or not... YOU SHOULD READ THIS!


Bismillahirrahmanirrahim....

Aku dapat artikal ni daripada hubby aku. Orang forward kat dia and dia pun forward kat aku. Sedih aku baca cerita ni. Tapi betul juga ape yang dikatakan dan pesanan dalam cerita ni. Korang bacalah..

Sunday, June 19, 2011

Kisah Alya dan Aiman

Bismillahirrahmanirrahim..


Lama rasanya tak update pasal kerenah dan keletah putra dan putri aku nih. Almaklumlah sekarang kurang ada masa nak menulis. Hari ni aku terajin nak menulis. Makin penat makin rajin pulak. Hahahahahaha....


Sekarang ni Alya ada kat sebelah kanan aku dan Aiman ade kat sebelah kiri aku. Alya sekarang sibuk main bubbles sambil jerit-jerit dan bergolek-golek. Aiman pulak main game. Aku sempat record suara Alya jerit-jerit tu. Setiap bulan aku record suara dia. Aku buat macam tu untuk tahu milestone dia. Age macam ni, apa yang dia mampu and dah lakukan. Macam sekarang, Alya baru 5mth tapi dia dah menjalar, berpusing dan 2 3 hari ni dia dah cuba mengangkat kaki dia untuk merangkak. Aku rasa dalam beberapa minggu lagi, dia bolehlah merangkak. Insyaallah...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...