Thursday, October 6, 2011

Bahaya Kacang Soya

Bismillahirrahmanirrahim...

Ni aku dapat email berkaitan kacang soya. Kepada sesiapa yang suka minum soya, silalah fikir 1000000x sebelum meneruskan habit anda. Artikel ni aku memang tak ubah apa-apa untuk mengekalkan keasliannya.

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
>Posted by ibnu abas
>
>
>
>
>
>KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
>Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
>Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
>
>Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
>Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
>1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
>2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
>3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
>Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
>Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
>FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
>Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
>(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
>(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
>mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
>penyakit jantung.)
>Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
>Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
>Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
>Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
>Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
>(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
>Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
>(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
>Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
>Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
>Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
>Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
>Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
>FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
>FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
>Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
>
>MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Friday, September 30, 2011

Kesian 'Beckham'


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah sedihnya apabila kejadian ni berlaku. Hmmm... Yelah, sapalah kita nak menetukan semua ini. Mungkin ajal 'Beckham' sampai di sini sahaja. Hmmm... Sedih kisah ni. Kalau terjadi kepada aku pun, tak taula macam mana aku nak terima semua ni.. Hmmm....

myMetro | Tidur terus tak bangun

Wednesday, September 28, 2011

Trip to Penang 16th Sept - 18sept

Bismillahirrahmanirrahim....

Akhirnya aku berpeluang nak update trip aku ke Penang. Tapi sorry la, gambar tak berapa nak banyak dari lensa BB aku. Banyak gambar dari phone Mr Hubby je.

Aku stay kat Royal Hotel Penang. Kat sana hotel dia memang 4-star. Sangat selesa dan aku recommend la kepada korang yang tercari-cari hotel untuk diduduki apabila pergi Penang. Gambar kat bawah tu merupakan pemandangan dari tingkat 16 bilik yang kitaorg duduk spanjang 2 hari kat sana. Nice kan?


Ni gambar Aiman and Alya masa kat hotel. Time ni bersedia nak keluar jalan-jalan.


Ni Alya sorang-sorang tunggu mama mandi. ( Masa aku tulis post ni, Alya sibuk main beg duit aku, Aiman main ketuk-ketuk and Didi duduk sebelah sambil memerhatikan jari-jari aku menaip.)


Gambar kat bawah ni, Hard Rock Hotel. Masih belum mampu nak check in kat hotel ni. Sangat-sangatlah mahal. Tapi kalau setakat makan kat sini, masih boleh lagilah. Sempat lagi ambil gambar kat sini sebab cantik.


Masih sempat berposing walaupun Alya tidur. Sian Alya penat. Aiman memang suka berposing. Heheheh..

Lampu kat lobby hotel ni memang nice kan?


Ni gambar view Batu Feringgi masa sunset. Takdapat nak snap banyak. 


Dalam kereta on the way ke rumah Umi Rafidah ( Clasmate masa kat Unisel). Bila dah jumpa, terlupa pula nak snap picture 'togade-gade' ngan dia. Sorry Umi kerana ke khilafan aku.... Huhuhuhu... Thanks for nasi ayam and pulut kuning jagung tu. Sedap!


Ada tempat yang aku tak dapat nak pergi seperti Bukit Bendera. Parking susah sangat nak dapat. Ada pun jauh gila nak jalan. Sian pula Aiman nanti nak jalan jauh-jauh tu. Tak pelah, next time bukan tak boleh pergi lagi kan?
Makanan nasi kandar,  rojak, char kue tiaw udang semua aku belasah. Tapi gambar jelah tak tangkap. Dah nampak makanan mana nak ingat benda lain. Heheheh...
Next trip maybe nak ke Langkawi. Don't know yet. Ok...aku nak sambung ke blog yang satu lagi.. Blog yang mana? Of course la City of Beauty and Fragrance (http://cityofperfume.blogspot.com/). Daaa....


Tuesday, September 20, 2011

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku jumpa artikel ni dalam facebook pakcik aku. So aku rasa ni bagus untuk dikongsi dengan korang semua.


UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Nanti bila aku ada masa, aku cari cara-cara untuk mengubati sakit kepala dan juga demam ringan tanpa perlu makan panadol. Tunggu...

Wednesday, September 14, 2011

Jangan kata berhabuk, bersawang dah ni...

Bismillahirahmanirrahim...

Long time tak post something dalam blog ni. Sejak buat blog baru berkaitan perfume, cosmetic and skincare ni rasa macam berhabuk pula blog sharing is caring ni. Nevermind, I will try my best to come out something untuk blog ni. As usual la, sharing is caring, kan??

This week, my hubby start selsema, dikiuti oleh Aiman, then myself now Alya. Dahla Friday ni nak ke Penang for holiday. Lamanya tak pergi holiday. Selalu sibuk dengan hal nak raya, hal rumah, hal mama(my mom), melepak kat rumah, now this week barulah nak pergi jalan-jalan and at the same time nak jenguk my friend kat sana.

Ok, till now. Nanti aku akan update berkaitan percutian di Penang next week. Have fun on your Hari Raya and also for Hari Malaysia on Friday. Daaa


Monday, August 22, 2011

In a relationship, married or not... YOU SHOULD READ THIS!


Bismillahirrahmanirrahim....

Aku dapat artikal ni daripada hubby aku. Orang forward kat dia and dia pun forward kat aku. Sedih aku baca cerita ni. Tapi betul juga ape yang dikatakan dan pesanan dalam cerita ni. Korang bacalah..

Friday, August 19, 2011

Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Lagi beberapa hari raya akan menjelma. Tak sangka dah nak raya. Terasa baru seminggu berpuasa. Kejap betul masa berlalu. Next week akan menjadi hari favourite Aiman sebab dia dapat melunaskan hajat terbesar dia iaitu menaiki aeroplane. Sian dia, dah lama nak naik aeroplane, barulah dapat nextweek. Last dia naik untuk balik kampung 2yrs back. Bagi Alya, pengalaman baru dia naik aeroplane. Hope Alya tak buat lawak antarabangsa kat dalam plane nanti ye? Hehhehehe...
Bile sebut je hari raya, semua orang happy. Time rayalah nak tukar macam-macam, nak beli macam-macam. Semua pakat nak yang baru. Boleh dikatakan hari raya adalah hari bershopping. Para peniaga semua kembang kempis hidung tengok orang melaburkan duit kat kedai dia. Kite yang pembeli ni, kempis poket. Hehehheheh... Biasalah, kalau dah shopping memang tak hengat dunia. Boleh kita berbelanja, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Nanti lepas raya, orang lain sibuk makan, kite lak berpuasa sebab tak cukup duit nak makan. Bak kate lirik dalam lagu Senario raya, "berhabis tak terkira, asal nampak bergaya, walau hutangnya panjang berjela". Oh tidak! Peringatan! Ketika bershopping, janganlah menghauskan kredit kad ye. Sangap nak membayar nanti. Kalau credit limit RM15k, jangan sampai habis credit limit tu. Senyum pihak bank kat korang nanti. Hheheeheh..
Oklah, berhenti setakat ini dulu. Nak sambung tido. Ngantuk masih bersisa lagi ni. Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...