Thursday, February 28, 2013
Sangat lama
Tuesday, July 24, 2012
Ramadan menjelang lagi!
Bismillahirrahmanirrahim...
Lama tak update blog ni. Walaupun kemudahan dah ada, tapi masa pula xmengizinkan. Huhuhuhu...
Sekarang dah masuk ramadan. Korang semua puasa x? Mestilah puasa kan? Kecuali korang dapat cuti daripada Allah. Hari ni aku rasa lega setelah aku meminta maaf kepada sahabat2 aku. Telah berlakunya krisis dan menyebabkan something terjadi dan tak perlulah aku mengungkitnya kembali. Pada pihak aku, aku dah memaafkan mereka dan aku juga telah meminta maaf. Sama ada mereka nak terima atau tidak, terpulanglah.
Okay, tutup cerita tu. Kita buka cerita lain. Bila puasa start aje, mulalah orang akan sibuk berfikir pasal kuih raya. Aku memang teruja sangat bila cakap pasal kuih raya. Tahun ni, aku nak buat sendiri je. Tak nak beli macam dulu sebab xpernah memenuhi citarasa tekak aku dan selalunya terjadi pembaziran sebab dah habis raya berbulan-bulan, tapi kuihnya masih ada. Last-last, menjadi santapan tong sampah je. What a waste?
So aku dah senaraikan beberapa jenis kuih n cookies yang aku akan buat sendiri. Nanti aku akan buat 1 post khas untuk kuih2 itu. Dalam masa yang sama, aku buka order juga kepada officemate hubby aku. Aku masih dalam process membuat sample2 cookies. Hopefully air tangan aku kenalah dengan selera mereka. ^_^
Okaylah. Nak sambung reading ebook dulu. Nanti esok bila aku free, aku sambung lagi. Jangan lupa bangun sahur esok!
Wassalam!
Thursday, July 5, 2012
Lamanya..
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama btul aku tak tulis blog. Ehem. . . Susah kalau laptop tak da keyboard. Tapi, mulai harini, aku dah boleh meneruskan aktiviti berblogging aku dengan jayanya. Ye... Mr tab memang sangat membantu aku. Thank you to En Hubby sebab beli ni untuk aku. *kembang kempis hidung senyum* ahahaha..
Okaylah. Ngantuk sudah. Tidor dulu. Esok aku akan update lagi. Nite3.
Ehh... Jangan lupa baca doa tidur ya!