Sunday, May 6, 2012

Pavlova


Bismillahirrahmanirrahim....
Yeah.. Ni dia pavlova yang menjadi kegemaran semua orang. Di sebabkan luarannya yang crispy, dalamnya yang sangat lembut atau diklasifikasi sebagai marshmellowy(Teruknya English aku. Hahahahahha...). Rasanya yang manis tapi apabila dimakan bersama strawberry, kiwi, blueberry, raspberry and blackberry atau apa sahaja buah yang mempunyai rasa masam, dicampur pula dengan whipped cream, memang sangatla sedap dan lazat. So tempting... Makan sekali tak puas. Mesti nak lagi.


Okay. Aku nak berkongsi resipi pavlova ni kat korang. Senang bangat je. :)
Apa yang korang perlukan ialah :
2 biji putih telur saiz A atau besar ( suhu bilik)
75g / 80g icing sugar (ayakkan)
secubit cream of tartar
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sekarang cara-cara nak buat. Sediakan bekas yang bersih tanpa sebarang kesan berminyak. Kalau tak sure boleh ambil kain yang dicelup dengan cuka dan wipe mangkuk tu or ambil lemon gosokkan dalam bowl tu then bilas dengan air bersih. Okay, masukkan putih telur tadi then masukkan cream of tartar. Then menggunakan hand mixer atau stand mixer, pukul telur tu medium speed sampai berbuih. Bila dah berbuih, masukkan icing sugar tu sedikit demi sedikit. Then pukul lagi guna high speed sampai stiff peak(bertanduk iaitu apabila terbalikkan bowl tu white eggs tu xjatuh). Scarp down yang tepi-tepi tu,then pukul lagi sampai gula tadi hancur. Trick dia, colek sikit batter, then gosokkan jari tu. Kalau still rasa lagi hablur gula, pukul lagi. Make sure the meringue nampak glossy dan stiff. Then taburkan tepung jagung dan drizzle the vanilla essence. Then, pukul with medium speed sampai sebati. Then scrap down lagi batter tu. Then pukul lagi with slow speed untuk hilangkan air bubble.
Panaskan oven menggunakan suhu 120C. Griss parchment paper dan alaskan tray untuk baking tu. Then, letakkan meringue tadi atas parchment paper. Buatla bentuk bulat macam disk Then masukkan dalam oven and turunkan suhu oven tu menjadi 100C. Then bakarla selama 1jam. At the same time, kena tengok-tengokkan jugak meringue tu. Make sure dia dah brownish and kering bila di pegang. If kite touch meringue tu, still melekat kat tangan, masukkan balik dalam oven dan bakar lagi sampai dapat result yang diinginkan.
Bila dah dapat result yang diinginkan, keluarkan dari oven dan biarkan dia cool down. If meringue tu betul-betul kering, kita boleh dengar bunyi crispy semasa pavlova tu collapse.
Okay. Time ni,bolehlah potong buah-buah tu. Kalau nak masam, rendamkan buah tu dalam lemon juice dan letak dalam fridge selama setengah jam. Kalau taknak pun xpe. Untuk whipping cream, make sure ia sejuk. Then, aku guna 100ml whipping cream. Secubit garam dan 1/2 sudu kecil esen vanilla. Pukul guna slow speed sehingga creamy. Then bolehla letak atas pavlova dan hiasla ikut suka korang. 



Kepada sesiapa yang malas nak buat,bolehla place order kat aku. Email aje kat sarah_syafiq@yahoo.co.uk or sms 0123609549. Sebiji pavlova tu besarnya 8' berharga RM45. Only serius buyer sahaja. Kena bayar booking sebanyak RM20 bagi mengelakkan pembatalan last minute. Delivery pun kena charge depend tempat. Sms je if nak tau details okay? :)

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...