Thursday, January 5, 2012

Vanilla Muffin

Bismillahirahmanirrahim...

Hi peeps...Happy New Year! Apekah azam tahun baru korang ya? Ok, malas nak membuang masa banyak-banyak. Kita proceed dengan topik sebenar hari ni.

Selasa 3Jan12, aku punya mood sangat-sangatla tak baik. Kehilangan IC dan lesen aku menyebabkan aku sangat stress. Sebenarnya, not big deal pun hilang 2 benda penting tu sebab boleh buat semula. Tapi, biaalah, bila tiba hari hormon tak stabil tu, smuanya menjadi over reacting. Hohohoho... Di sebabkan mood tak baik melanda, so aku pun startla membaking. Ni hasil mood tak baik aku.


Vanilla Muffins

Bahan-bahan :
  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula 
  • 2 cawan susu segar
  •  4 tbsp baking powder

  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara - cara :
  1. Panaskan oven menggunakan suhu 180C.
  2.  Ayakkan tepung dan baking powder. Then masukkan garam.
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  4. Masukkan mentega cair dan esen vanila dan pukul sampai sebati.
  5. Masukkan no2 ke dalam adunan telur berselang seli dengan susu. Masuk sedikit demi sedikit. Gunakan spatula atau sudip kayu dan gunakan kaedah kaup semasa mencampurkan adunan tersebut.
  6. Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar selama 20min.
Senang je resipi tu. Aku dapat resipi ni dari myresipi.com. Cuma cara aku dan pemilik asal resipi ni berbeza.   Tu jelah. Selamat mencuba!



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...