Thursday, January 19, 2012

Apple Pie Ala-Ala McDonald

Bismillahirrahmanirrahim....

Jam menunjukkan pukul 2.41am.. Agak-agak ade typing error atau ayat aku macam harem, paham-paham ajela. Okay, kali ni entry pasal makanan lagi. Hari-hari makanan. Tiba-tiba aku rasa blog ni dah jadi macam blog resipi. Muahahhaha.... Takpe lah. Itu pun kira sharing gak kan? Share the recipe. Ok. Lets move on!


Kali ni resipi pasal Apple Pie. Aku rasa ramai gak antara korang yang sukakan atau menggilai apple pie McDonald yang lazat lagi sedap itu. Aku pun suka apple pie tu(even aku lagi suka banana pie Mcd yang dah tak wujud lagi). Ok, kat sini aku nak share resipi Apple Pie tu. Actually sama je caranya dengan resipi pie yang biasa. But Mcd nye pie, dia bukan dibakar, but deep fried. So, ianya mungkin menjadi beritabaik kat korang yang tiada oven di rumah sebab korang hanya perlu kuali untuk gorengkan pie ni.


Ni version aku. The crust is great, but kureng sket tang filling. Maybe sebab aku tak letak cinnamon powder sebab takde stock and maybe aku nye filling tak melt. Takpe, aku akan tukar cara buatan filling tu ke resipi Mat Gebu.

Bahan-bahan (Ni boleh dapat dalam 3 ke 4 keping, depend mcm mane korang ukur)
crust:
200g tepung superfine(kalau takde, tpg gandum pun bole)
75g cold butter, potong dadu(boleh guna shortning. but butter taste better)
secubit garam
half cup of cold water
filling :
2biji green apple
1/2 cwn gula (aku kurangkan sikit sebab xnak manis)
secubit cinnamon powder
1tbsp tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air

Cara-cara :
Filling : (Cara ni tak sama dengan yang aku buat untuk gambar di atas. Ni aku follow Mat Gebu punya resipi but aku ubah sikit - resipi asal http://www.myresipi.com/top/detail/643)
  1. Buang kulit apple, basuh dan potong dadu. Kalau boleh jangan terlalu besar potongnya. 
  2. Masukkan cinnamon powder ke dalam gula dan gaulkan. Then masukkan apple.
  3. Guna api kecik dan cairkan gula sampai perang then masukkan apple tadi sehingga apple lembut. 
  4. Once apple dah lembut (even air masih banyak), masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat. (Jangan sampai kering sebab nanti jadi macam aku nye filling.)
  5. Tutup api dan sejukkan.

Crust:
  1. Ayakkan tepung dan masukkan garam. Kacau sebati.\
  2. Masukkan butter yang masih sejuk tadi. Guna hujung jari untuk meramas butter dengan tepung sehingga menjadi breadcrumbs. Kalau sapa kat rumah ada food processor, boleh guna.
  3. Masukkan air sejuk sikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan garfu sampai adunan tak berdebu. Part ni jangan over letak air ya. 
  4. Bila adunan dah tak berdebu, bolehlah uli dengan tangan sampai adunan xmelekat dekat bowl dan tangan korang.
  5. Bentukkan bulat dan bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti ais for about 30mins.
  6. Bila doh dah dikeluarkan after 30mins dalam fridge, canaikan setengah inci tebal. Then potong la kepada beberapa bahagian segiempat. Size ikut korang lah. Aku pun main agak-agak aje.
  7. Then bila dah potong kepada segiempat, canaikan lagi bagi nipis sedikit, tapi jangan nipis sangat. Let say, skali roll aje.
  8. Doh tu akan jadi panjang kan? So cut in half then masukkan filling kat tengah-tengah. Bagi ruang kat tepi supaya boleh ditutup dan digam guna air sejuk. Then ambil garfu, tekan-tekan keliling doh pie tersebut bagi ade corak.
  9. Simpan sekejap pie yang belum digoreng tu dalam fridge dalam 5mins, then sedia untuk digoreng. Sila goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak. Bila dag kekuningan bolelah angkat dan biar dia cool down baru makan.
Selamat mencuba!

P/S : Bahagia doh tu, korang kene pandai agak-agak size ketebalan dan ukuran yang korang nak buat. Apa yang aku explain berdasarkan apa yang aku dah buat sahaja. Okay? ;) Dan INGAT, ni hanya adaptasi Apple Pie Mcd, bukan 100% sama rasa dan texture dengan yang korang beli kat Mcd tu. Tak maulah nanti ade yang complain kata "tak sama ngan bli kat mcd". Well, kalau nak sama, kene beli kat sane la yoep! 


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...