Friday, August 19, 2011

Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Lagi beberapa hari raya akan menjelma. Tak sangka dah nak raya. Terasa baru seminggu berpuasa. Kejap betul masa berlalu. Next week akan menjadi hari favourite Aiman sebab dia dapat melunaskan hajat terbesar dia iaitu menaiki aeroplane. Sian dia, dah lama nak naik aeroplane, barulah dapat nextweek. Last dia naik untuk balik kampung 2yrs back. Bagi Alya, pengalaman baru dia naik aeroplane. Hope Alya tak buat lawak antarabangsa kat dalam plane nanti ye? Hehhehehe...
Bile sebut je hari raya, semua orang happy. Time rayalah nak tukar macam-macam, nak beli macam-macam. Semua pakat nak yang baru. Boleh dikatakan hari raya adalah hari bershopping. Para peniaga semua kembang kempis hidung tengok orang melaburkan duit kat kedai dia. Kite yang pembeli ni, kempis poket. Hehehheheh... Biasalah, kalau dah shopping memang tak hengat dunia. Boleh kita berbelanja, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri. Nanti lepas raya, orang lain sibuk makan, kite lak berpuasa sebab tak cukup duit nak makan. Bak kate lirik dalam lagu Senario raya, "berhabis tak terkira, asal nampak bergaya, walau hutangnya panjang berjela". Oh tidak! Peringatan! Ketika bershopping, janganlah menghauskan kredit kad ye. Sangap nak membayar nanti. Kalau credit limit RM15k, jangan sampai habis credit limit tu. Senyum pihak bank kat korang nanti. Hheheeheh..
Oklah, berhenti setakat ini dulu. Nak sambung tido. Ngantuk masih bersisa lagi ni. Selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti!

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...