Monday, June 27, 2011

breastfeed

Bismillahirahmanirrahim...


Okay, kali ni topik pasal breastfeeding.. Info yang aku dapat ni adalah daripada cousin aku, Ijah. Dia pergi talk berkaitan breastfeeding. Aku copy daripada blog dia. Ijah, minta izin share ya?


  • Menyusukan anak boleh membakar sebanyak 500 kalori. Wah, daripada penat-penat jogging, baik susukan anak untuk kurus. :P
  • Tidak ada masalah untuk para ibu makan apa sahaja makanan kerana ia tidak mempengaruhi susu kecuali rasanya. Setiap yang kita makan itu akan mempengaruhi rasa susu. Kalau kita makan durian, rasa durianlah air susu kita. Tetapi kalau hari itu kita salah makan, bayi kita tidak akan sakit perut kerna makanan yang kita makan kerna susu kita sudah disaring sebelum disampaikan ke anak. Anak akan mendapat air susu yang baik sahaja. Tetapi, bagi makanan bergas, gas tersebut boleh sampai kepada baby. Jadi, kurangkan makanan bergas untuk mengelakkan kembung perut. Selebihnya, silakan makan apa sahaja yang anda teringin. :)
  • Penghasilan air susu kita sebenarnya sangat tergantung kepada demand bayi kita. Badan kita akan menghasilkan susu hanya jika dia tahu bahawa ada demand. Jika kita kurang menyusukan anak kita, maka berkuranglah air susu kita. Untuk para ibu yang berusaha memperbanyakkan air susu dengan cuba memakan segala jenis makanan penambah susu, usaha itu hanyalaah 20% sahaja sedangkan demand daripada bayi itu adalah paling penting untuk mendapatkan susu yang banyak. Jika kita pam susu kita hari ini, susu yang dihasilkan itu sebenarnya sudah cukup untuk bayi kita dan bayi itu tidak memerlukan lebih dari yang dihasilkan. Always bear in mind, perut bayi hanyalah sebesar biji guli, takdelah memerlukan susu berbotol-botol. Dan ini applicable sehingga dia berumur 6 bulan.
  • Saya rasa,info yang seterusnya ini dah ramai tahu. Susu yang dihasilkan pada awal penyusuan merupakan air (fore milk) yang kaya dengan protein, rendah lemak dan banyak air manakala diakhir penyusuan adalah makanan (hind milk) yang kaya dengan kalori dan lemak. Jadi, kalau boleh, susukanlah anak anda selama yang mungkin bagi dia mendapatkan zat makanannya. Sepuluh minit pertama masih foremilk, dan 20minit seterusnya boleh diberi bagi anak mendapatkan susu belakang. Kalau hendak memastikan anak anda betul-betul sudah mendapatkan hind milk nya, boleh dilihat pada najisnya nanti. Jika najisnya berwarna kuning mustard, bermakna dia sudah mendapatkan hind milk tetapi jika ada berwarna kehijauan, itu bermaksud masih fore milk.
  • Orang selalu cakap kalau orang yang breast dia besar, air susu nya banyak dan bagi yang kecil, susu sedikit. Tidak. Besar kecik breast tu sebenarnya kerana lemak yang ada. Semua wanita mempunyai bilangan saraf yang sama untuk menghasilkan air susu. Jadi, tidak ada isu breast besar kecik ya, untuk penghasilan susu yang banyak.
Justeru itu, apekah alasan kita untuk tidak memberikan anak-anak kita BF? Jangan membazir anugerah Allah yang hanya ada pada wanita. Selamat membaca!

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...