Tuesday, June 28, 2011

Bertangas

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni seperti biasa aku sibuk menguruskan anak-anakku yg sedang membesar dan comel itu. Penat memang tak dapat dinafikan. Tapi, aku tahu ianya berbaloi. Bila dah penat-penat macam ni, aku terasa macam nak manjakan diri aku dengan aktiviti bertangas. Mungkin ada dikalangan korang yang selalu buat aktiviti ni kat spa atau mana-mana pusat kecantikan. Tapi, pernahkah korang terfikir nak buat sendiri dirumah?
Aku akan share kan bagaimana nak bertangas kat rumah. Ada 2 cara yang korang boleh guna.


Cara pertama : Menggunakan toilet duduk
Haa..Rumah korang ada toilet duduk tak? Kalau ade, senanglah. Ambil mangkuk besar atau tupperware ais krim yang besar tu(xkisahlah ape jenis pun, yang penting muat untuk diletakkan dalam mangkuk tandas tu), pastu letak air untuk korang tangas tu. Kat bawah nanti aku akan ajarkan cara nak buat air untuk bertangas. Kalau nak hasil lagi efisyen, korang bungkus badan dengan kain batik. Boleh jadi sauna.


Cara kedua : Menggunakan pasu besar
Bagi yang tidak mempunyai toilet duduk kat rumah, korang carilah pasu bunga yang besar. Kalau boleh tak nak yang ada lubang. Kalau berlubang korang kena letak baldi. Lecehkan? Mungkin korang akan tertanya-tanya, tak sakit ke duduk atas pasu tu? Jawapan aku, korang letaklah kain kat tepi mulut pasu tu. Tak sakitlah punggung korang. Sama seperti cara di atas, curahkan air tangas then korang duduklah di atasnya.


Air tangas
Untuk air tangas tu, korang boleh guna manjakani. Rebus manjakani sampai air menggelegak. Lepas tu, ambil sesudu rempah harum sari(keluaran mustika ratu. Xguna pun xapa) campurkan dalam air rebusan tadi. Manjakani tu bagi mengetatkan ape yang longgar.


Korang bolehlah try buat sendiri. Kalau nak harapkan pergi spa je buat, berapa kali sangat dapat pergi disebabkan kekangan masa. Kalau kat rumah, anytime boleh buat. Sebelum aku terlupa, manjakani tu korang boleh beli kat kedai india. Cakap saje korang nak biji kani, taula india tu. Okay? Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...