Wednesday, June 1, 2011

Apam Polka Dot!!

Bismillahirrahmaninrrahim.... 

Atas permintaan ramai...(eceh..) aku pun nak share resepi APAM POLKA DOT yang comel lote ni....



Apam Polka Dot

Bahan-bahan
Telur 2biji (sederhana)
Tepung gandum 175g
Gula 110g
Susu segar 80ml
Serbuk bikabornat 2sudu teh
Ovellete 1susu teh
Esen vanila 2titik (nak bagi ilang bau hanyir telur)
Filling ( Guna jam pun bole.)
Pewarna (Ikut suka hati korang la)
Mangkuk kertas

Cara-cara
1) Campurkan bahan-bahan (telur,tepung gamdum, gula, susu, serbuk bikabornat, ovellete dan esen vanila) dan pukul adunan dengan menggunakan mixer dengan kelajuan paling tinggi selama 6 ke 8 minit.
2) Asingkan kepada beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna kegemaran koranglah.
3) Masukkan semua adunan ke dalam piping bag termasuk filling tadi supaya senang nak dipicitkan ke dalam mangkuk kertas.
4) Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga separuh. Pastu picitkan sedikit filling (agak-agak korangla nk byk mane). pastu pivitkan lagi adunan yang sama color atau berbeza color sehingga penuh.
5) Akhir sekali, decorate atas dia. Disebabkan nama DIA APAM POLKA DOT, letak dot dot menggunakan color yang berbeza.
6) Semasa process ke 3, panaskan air untuk mengukus apam dalam tempat pengukus.
7) Bila air dah mendidih, masukkan adunan apam dalam pengukus. Kukus selama 5minit.

Ok, dah siap. Selamat mencuba!




2 comments:

Anonymous said...

nanti aku cuba erk mal.....aya

Sarah Syafiq said...

cube jangan xcube ya...

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...