Sunday, April 17, 2011

Jom Spa!

Tiba-tiba je aku rasa macam nk memanjakan diri. Setelah seharian penat melayan kerenah anak-anak dan berjalan. Akan tetapi, sejuk pula nak bermain air. Tak pelah, aku share dulu macam mana nak baut spa sendiri di rumah tanpa perlu keluar membeli produk untuk buat spa.

Senang je nak buat spa kat rumah. First aku share kat korang macam mana nak buat body scrub.

Bahan-bahan
Daun pandan - tumbuk
Minyak zaitun

Cara-cara
Campurkan kedua bahan tu dan sapu keseluruh badan. At the same time, gosokla badan dengan daun pandan yang ditumbuk tadi. Daun pandan boleh mewangikan badan kita. Minyak zaitun sebagai pelembap yang bagus untuk kulit. Then, bilas dengan air.

Second, after dah scrub dan bilas, ambil susu segar dan mandi. Kalau ada bathtub, boleh le berendam. Kalau xde, jirus pun boleh.

Then, after settel, lap badan pastu letaklah losyen. Settel untuk badan.

Untuk muka, first, wapkan muka dengan air panas. Tujuan untuk membuka pori-pori muka.
Second, buangkan segala blackhead dan whitehead yang ada kat muka. After that, basuh muka dengan pencuci muka harian korang.
Third, guna scrub muka. Cara buat serta bahan-bahannya adalah seperti di bawah.

Scrub muka

Bahan-bahan

Gula
Minyak zaitun
Tomato - dilenyekkan

Cara-cara
Campurkan semua bahan tadi dan sapu pada muka. Gosok jangan kuat sangat dan pastikan secara membulat. After scrub sila bilas bersih-bersih. Gula tadi sebagai scrub dan juga pelembap. Tomato kan bagus untuk kulit. Kulit akan rasa bersih selepas tu.

Fourth, masker time! As usual, cara-caranya seperti berikut.

Masker muka
Bahan-bahan
Putih telur - pukul sikit biar kluar buih
Kapas muka - yg bentuk segi empat

Cara-cara
Celup kapas ke dalam telur. Tampalkan kat muka. Buat nipis-nipis supaya cepat kering. Bila dah kering, tanggalkan. Kaedah ni boleh mengeluarkan blackhead yang ada kat hidung kite tau.

Fifth, kalau ada grape kat rumah, lenyek grape n sapu kat muka dan urut. Bila kering bilas. Muka kita akan sejuk.

Last skali, sapukan toner dan pelembap muka harian anda.

Dah habis sesi spa kat rumah. Buatlah seminggu sekali. Kalau nak buat kat kedai, agak mahal. Produk yang digunakan pun kita tak sure sesuai atau tidak untuk kulit kita. Kalau buat sendiri, bahan-bahan yang digunakan adalah natural. Lagi satu, JIMAT. Korang bolehlah cuba ya!

2 comments:

Unknown said...

Memang akan rasa pedih ye lepas buat scrub muka guna tomato? Huhu

Sarah Syafiq said...

Xpulak pedih. Awk tenyeh kuat sgt kot..hehehhehe

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...