Friday, February 25, 2011

Penyusuan Ibu



Aku hairan kenapa ada sesetengah orang tidak mahu menyusukan baby mereka dengan susu ibu. Selalu ak dengar alasan-alasan mereka bahawa susu tidak mencukupi, anak tak mahu BF, tak ada masa dan macam-macam lagi. Cousin aku juga pernah kata ada pihak berkata bila seseorang tu bekerja, sepatutnya susukan anak dengan susu formula yang dijual dikedai,bukannya BF. Tidakkah mereka tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik dari segala susu yang ada?


Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Aku ada terbaca dalam satu artikel berkaitan kebaikkan susu ibu. Ia boleh mengurangkan risiko SIDS. Ini petikan yang ak dapat : 

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atauCot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol. " source : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/susu_ibu.htm

Oleh itu, para ibu, susuilah anak anda dengan susu ibu. Ternyata ianya lebih khasiat dan selamat.

Source : www.mybengkung.com


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...